Thai Green Curry Burger Mcd, Sedap ke?

Assalamualaikum hai!

Hari ni aku rasa nak buat review thai green curry burger McDonald. Burger thai rasanya sebelum ni dah pernah keluar 2 tahun lepas. Tapi kali ni Mcd perkenalkan versi ayam pula. Disebabkan aku dah pernah rasa burger thai ikan, jadi hari ni aku cuba makan versi ayam pula. Aku nak share dengan korang sama ada korang patut beli ataupun lupakan je lah niat nak beli. Okay jom kita start!

Review Jujur tentang Burger Thai McD!

THAI GREEN CURRY BURGER MCD


Gambar dalam poster ni memang nampak mengancam dan memang tak boleh bawak bincang. Kalau korang tengah baca blog aku ni tengah malam, bawa-bawalah bersabar ye. Memang kecur air liur.

Jadi tengahari tadi aku buat keputusan nak beli set thai green curry burger ayam. Aku ambil set tapi tukar air Coke. Harga lebih kurang RM16, sorry aku lupa.

Jadi ini apa yang aku dapat!


NAMPAK SEDAP




Rupa luaran sangat cantik, masih panas, daging tebal dan sayur nampak fresh lagi. Itu apa yang nampak dari segi presentation dia. Not bad lah. Tak jauh sangat daripada dalam gambar.

Lepas ambil gambar aku terus makan. Rasa dia…..


Tak sangka, Sedap!!

Woww! Unexpectedly, memang sedap!!

Rate: 7/10

Sayur dia crunchy dan tak layu, memang rangup. Sayur yang dia guna semua fresh dan tip top!

Sos rasa macam thai green curry lah. Nothing special bagi aku sebab rasa green curry dia tak terlalu kuat which is good. Green curry ni rasa dia ada sikit macam tomyam. Cuma bau sos ni aku tak berapa suka sikit.

Part ayam ni aku rasa macam wow sedap gila. Disebabkan aku dapat panas-panas, jadi ayam tu crunchy dan juicy. Dia punya part crunchy tu memang tak boleh bawa bincang. Sedap gila!!



Ohh lagi satu, kali ni burger thai diorang wrap dalam kertas je sebab kalau dulu dia serve dalam kotak. Rasanya tu je kot review jujur aku kali ni. Review aku ni berdasarkan apa yang aku dapat dekat cawangan mcd dekat sini, jadi mungkin dekat tempat korang lain or lagi sedap. Kalau korang dah try, share lah dekat bawah. Aku nak tau juga pandangan dan rate korang dekat burger ni.

Patut beli ke tak?

Kalau korang tak pernah cuba, boleh lah pergi beli tapi harga dia mahal sikit lah. Dia kadang-kadang ikut nasib juga, ada masa kau dapat sayur yang tak fresh, ayam tak panas ataupun burger tu agak bersepah haha (ykwim)!



So, itu sahaja untuk harini! Good night and take care!

That’s all for today, bye!!

 

Aina Amir

11:15 pm | Tuesday 23/6/2020

Song: Taeyeon – All about you