Pekan Rabu Alor Setar, Kedah best ke?


Hey Assalamualaikum.
Entry kali ni aku nak cerita tentang Pekan Rabu terletak di Alor Setar, Kedah. 

Sebaiknya korang datang sebelum pukul 12 tengahari. Sebab, katanya kalau korang datang tengahari akan ramai orang. Ini apa yang dikatakan orang dekat situ. Waktu aku datang dalam pukul 10 pagi, dan tak ramai sangat orang. Senang aku nak pilih barang. 

Pekan Rabu






Kan haritu aku pergi Kedah so sempat lah jalan-jalan dekat area Alor Setar. Seingat aku, aku pergi Pekan Rabu waktu form berapa entah tak ingat. Tapi, waktu tu best lagi lah. Sebab dia betul-betul feel macam pergi pasar. Main lambak camtu je. Alah lebih kurang macam Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan.





Dulu, bahagian bawah ada makanan, jual buah, pelam dan sebagainya. Ada pekasam, ikan masin, ikan bilin dan lain-lain. Tapi sekarang dah tak sama dah. Memang dah lain sangat. Totally changed. Mungkin diorang nak Nampak kemas dan bersih. 

Yelah mana taknya, bila makanan diletakkan dekat bahagian bawah, akan ada lah haiwan tak diundang yang datang contohnya tikus, langau, lalat, kucing?...

Bahagian bawah ada kedai pakaian, tudung, kedai makan, minyak, kelengkapan haji dan umrah, bakul, rotan, kraftangan, dan kedai buku. Macam-macam ada, korang pilih je nak apa. Baju kurung, kurta, kopiah, al-quran, tudung saji, bakul baju, tudung bawal semua ada lah. Pergi je. Harga sangat berpatutan dan takdelah cekik darah. 

Macam-macam minyak; minyak gamat, afiat, urut dll


Tingkat 2 dan 3 semuanya makanan kering dan basah. 

Makanan basah: pekasam, ikan masin, ikan jeruk, ni je lah kan yang basah?



Ikan besar tu kalau nak beli separuh pon boleh


Makanan kering: Kicap Mudim, Kopi Gantang, Serbuk kari, ikan bilis, ikan kering, serunding, kuih-kuih tradisional, kerepek, bahulu, keropok dan lain-lain.

Pes tomyam, pes stim limau, kari, kicap, sos, keropok, belacan, gula kabung dll.


Ada macam-macam pilihan

Serunding ikan, daging, ayam



Yang pelik dan musykilnya, alaupun dia longgokkan ikan pekasam dengan ikan masin ni, aku tak Nampak seekor lalat pun! Serious. Pelik jugak selalunya mesti ada je lalat ke langau ke ini memang takde langsung. Agaknya tinggi sangat kot penat nak terbang sampai tingkat 2.

Kalau dah datang ke Kedah, korang wajib beli pekasam, ikan bilis, Kicap mudim, Kopi gantang, serunding, Serbuk kari dan kuih puteri apa ntah ni. Apa nama ni ceq taktau nak habaq. Tapi rasa dia sama macam sagu gulung yang selalu kita makan waktu kecik pastu suka sembur kat orang. Hahahahaha bukan aku ye….


Kopi cap gantang


Kuih puteri ____ (aku tak ingat nama penuh)


Ikan bilis


Ikan lampan, puyu, sepat ronggeng, gelama...


Ikan sepat ronggeng


Ikan sepat ronggeng (dah buang kepala)


Pekasam daging


Aku rasa ni limau purut

Aku ada beli pekasam ikan lampam rasanya, memang sedap. Aku suka makan dengan nasi panas-panas. Uish padu teruk! Memang nasi aku bertambah lah. Dia punya sedap memang tak boleh bawak bincang. Makan sikit dengan ikan masin uuuuuu padu weh! 


Ikan pekasam lampam dll


Oh lupa nak bagitahu, ada lif disediakan dan parking bawah tanah, memang mudah dan senang. Parking pon banyak. So, ayah, abang, pakcik tak perlu risau pasal parking. Ha parking je bawah tu, ha lepaskan anak bini biar diorang shopping pastu tidur lah dalam kereta dengan aman. 

Kad parking


Lagi satu, kalau korang waze atau google maps ‘Pekan Rabu’ dia akan bawa korang ke Ukir Mall which salah jalan. So, takpayah pening kepala tanya je orang tepi jalan, akak petrol, abang tol. Sekejap je dah sampai. Sangat memudahkan.

Okay! Itu sahaja nak cerita hari ni. Semoga bermanfaat untuk semua. Kalau ada apa-apa komen je dekat bawah.

Byeeee and have a good day! Assalamualaikum.

Sabtu | 13 Julai 2019 | 10:09 pm