5 Tempat Makan Best di Penang 2020 (WAJIB PERGI)

 

Assalamualaikum hai!

Harini saya nak share dengan anda 5 tempat makan best di penang dan wajib pergi kalau anda bercuti ke pulau pinang. Pulau Pinang terkenal dengan makanan berunsurkan kari contohnya nasi kandar. Memang tak boleh dinafikan, nasi kandar diorang terbaik dan padu! Saya memang tak boleh lupa sewaktu pergi ke sana. Sedap beb dan teringat-ingat bila balik ke Selangor.

Jadi, harini saya nak listkan dan share dekat anda semua tempat makan yang best dan menarik di penang. Bukan nasi kandar je terbaik, western dan makanan masyarakat cina pun terbaik dan sedap gila!! Rugi kalau tak cuba tau!

Ok jom kita start!

Tempat Makan Wajib Pergi di Pulau Pinang

1)    Restoren Hameediyah

First foremost, anda memang kena pergi restoren hameediyah. Apa lagi terkenal dengan nasi kandaq laaa dan juga murtabak. Seriously, anda kena cuba makan murtabak daging dan ayam sebab memang tak kedekut.

Tapi diingatkan ye, kalau nak makan di sini kena beratur dulu la. Panjang juga boleh sampai ke 3 atau 4 kedai. Boleh makan di restoren ataupun bungkus bawa balik. Kalau anda malas sangat, boleh juga order guna foodpanda, grabfood dsb. Sebab saya ada nampak banyak sticker di kaunter yang menunjukkan mereka ada ambil tempahan melalui apps online. So kalau malas nak beratur, order online je. Tapi saya tak pernah try la.

Lokasi: 164, Lebuh Campbell, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 10.00am - 10.30pm | Jumaat (tutup)

 








2)    Roti Canai Transfer Road

Waktu mula-mula datang, saya sebenarnya letak low expectation sebabnya ye lah roti canai je kan. Tapi saya salah peeps! Apa yang membuatkan roti canai tu lain daripada yang lain ialah terletak pada kari ayam tu. Peh ayam dia memang lembuit! Serious tak tipu!! Anda pergilah cuba sendiri.

Lagi 1 menu anda kena order ialah roti bakar telur goyang. Roti memang lembut dan wangi. “Mesti ramai gila kan lepastu pekerja lambat blablabla”, anda jangan risau, pekerja dia memang laju dan cekap! Datang je situ terus dia carikan meja untuk anda. Order terus dapat haha!

Lokasi: 114, 110, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Pagi | 7.00 am – 11.00 am

 

 

3)    The Table.co Café

Takkan lah sepanjang hari nak makan kari je kan. Nah, saya recommend anda pergi dan cuba makan dekat kafe ni. Seriously tak akan menyesal dan semput waktu nak bayar haha! Sebabnya makanan sangat sedap, tempat cantik, harga pun reasonable la dengan portion yang agak besar dan banyak.

Personally, saya suka sangat pasta dekat sini. Sebab memang tak boleh dinafikan sedap sangat! Tempat cantik dan selesa sangat. Bolehlah datang untuk anda yang suka ambil gambar. Do it for gram! Ha lagi satu, staff dekat sini baik dan friendly. A big thumbs up! Don’t forget to give a try their signature cake which is ‘Burnt Basque Cheesecake’.

Lokasi: 27, Lebuh Carnarvon, Georgetown, 10100, Penang Island.

Waktu Operasi: 6 pm – 11 pm | Khamis (tutup)


4)    Nasi Kandar Deen Maju

Macam biasa lah peeps, kalau pergi penang, tak sah kalau tak makan nasi kandaq kari melimpah peh! Penuh pinggan dengan ayam goreng berempah, bendi rebus, cili hijau, telur rebus dan sayur kobis kuning. Minum pula dengan teh o ais, memang padu! Sekali sekala boleh cuba ambil kari sotong dan kari kepala ikan haha. Memang puas hati!

Perkara biasa sebelum makan nasi kandar memang kena beratur panjang. Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bila dah dapat sepinggan nasi kandar yang penuh, fuh hilang segala penat beratur tadi.

Lokasi: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 4.00 pm – 11.00 pm

 

SUMBER: GOOGLE

5)    Ais Tingkap

Ha bila dah penat jalan-jalan dan cuaca panas terik memang sedap kalau dapat air sejuk yang dapat melegakan haus. Ais tingkap semestinya pilihan yang paling terbaik dan tak rugi untuk anda mencubanya. Ais tingkap dah beroperasi dari tahun 1928. Ha memang lama gila! Resepi turun temurun.

Bukan sahaja dapat minuman yang menyegarkan tapi dapat tengok ‘show’ cara dia buat air ais tingkap ni. Memang leka dibuatnya. Laju dan cekap betul! Mereka juga ada jual cendol, abc dan lain-lain. Tapi menu utama yang terkenal ialah ais tingkap. Selamat mencuba!

Lokasi: 2, Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 11.30 am – 8.00 pm

 

 

 

Okay itu sahaja untuk harini. Sebenarnya banyak lagi tempat favorite saya yang best dan sedap. Lain kali saya akan share banyak lagi tempat menarik dan best yang wajib anda pergi dan lawati. Stay tune!

 

That’s all for today, bye!!

Aina Amir,

12:21 pm | Saturday 22/8/2020

Tempat Makan Menarik di Negeri Sembilan 2020

 

Assalamualaikum hai!

Harini saya nak share sikit tempat makan yang paling sedap dan popular di negeri sembelan iaitu negeri yang terkenal dengan kepedasan cili api.

Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan masakan masak lomak cilia pi. Ini lah makanan tradisional dan sering dimakan oleh masyarakat yang tinggal di negeri Sembilan. Kalau tak makan pedas, bukan orang negeri Sembilan lah tu. Makan podeh baru sodap haha!

Kalau anda pernah ke negeri Sembilan, memang selalunya akan ada gerai-gerai tepi jalan yang banyak menjual ikan salai, daging salai, itik salai dan ayam kampung salai. Selalunya banyak gerai di sekitar batu kikir tu.

Memang setiap kali saya pergi negeri Sembilan, wajib beli ikan salai ataupun daging salai. Selain itu, diorang pun ada jual lemang, rending maman dan sebagainya.

Kalau yang tak makan pedas, seeloknya sediakan lah air sebaldi. Kalau tak, ha menangis lah kau kat situ sebab kepedasan. 

Zaini Salai House, Negeri Sembilan           

Zaini Salai House dah pun dikenali ramai dengan menghidangkan banyak masakan tradisional orang negeri Sembilan. Contohnya rendang itik (favorite saya), ikan salai masak lemak cili api dan lain-lain.

ZAINI SALAI HOUSE, NEGERI SEMBILAN


Setiap kali saya pergi, saya mesti akan makan rendang itik sebab sedap dan pedas. Itiknya disalai dan menjadikan dia bertambah sedap sebab ada aroma asap salai.

Tak silap saya, semua ikan, itik dan ayam salai memang disediakan sepenuhnya oleh Zaini Salai House. Kalau anda boleh tengok, ada rumah asap dimana itulah tempat untuk menyalai.


RENDANG ITIK


Dan setahu saya, mereka menggunakan kayu pokok manggis dan rambutan untuk menghidupkan bara api yang digunakan untuk menyalai itik, ikan dan ayam. Jadi, aroma tu lebih wangi dan sedap lah!

Best ke? Sedap ke?             

Baru-baru ni saya pergi ke sana. Disebabkan pkpp, jadi perlu ada sop. Contohnya, akan ada satu jalan sahaja. Jadi, dari pintu masuk tu anda terus diberikan nasi dan pilih lauk apa yang anda nak. Semua lauk dah siap dihidang dalam mangkuk. Jadi, anda perlu ambil sahaja. Cuma, kalau lauk sayur, anda boleh pilih dan ambil sendiri.


JEMPUT MAKAN!


IKAN SALAI MASAK LEMAK CILI API


Selain daripada makanan yang sedap, pekerja mereka juga sangatlah peramah dan baik. Rasa seronok je makan dekat sana. Rasa nak datang lagi!

Oh ya pemandangan pun cantik sebab menghadap bendang/sawah padi. Angin tiup pun kuat sebab terletak ditepi jalan. Takdelah bila makan tu berpeluh sampai boleh perah baju haha!

                                                    

Nama kedai: Zaini Salai House

Lokasi: Kampung Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Rate: 8.5/10


JUMPA LAGI!


Jadi kepada anda yang nak datang, jangan risau sebab kedainya senang je nak cari. Boleh search di waze atau google maps, mesti jumpa! Kedai terletak betul-betul di tepi jalan dan ada banyak parking di bahagian belakang kedai.

Selamat mencuba semua! Confirm anda semua takkan menyesal dan akan rasa nak repeat makan lagi dekat sana (macam saya!).

Okaylah itu sahaja untuk harini. Hari dah pun malam. Oh ya, hari raya korban dah nak dekat tapi itulah kita tak boleh nak buat korban, kalau nak buat perlu ikut sop yang ditetapkan dan tak semua masjid dan surau yang boleh buat aktiviti korban.

Sedih juga, sebab tahun ni kita tak dapat menunaikan haji di makkah disebabkan pandemic covid-19. Semoga Allah angkat penyakit ni dari seluruh dunia aminn!

Dengan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam. Kalau nak beraya, kena patuh dan praktikkan sop yang telah ditetapkan oleh kerajaan ye!

That’s all for today, bye!!

 

Aina Amir,

11:16 pm | Tuesday 28/7/200

Song: Ella – Standing in the Eyes of the World