Cara Tanam Sayur Hidroponik


Assalamualaikum hai!

Seperti apa yang saya janjikan dalam post yang lepas (kangkung hidroponik – click), jadi harini saya nak sharekan kepada anda semua tentang cara-cara tanam sayur hidroponik.

Ni sayur hidroponik yang saya dah pun petik dan makan kesemuanya haha! Ambil masa dalam 1 bulan je, sekejap dan singkat je sebenarnya. Rasa seronok bila dah makin besar dan sihat. Tiba-tiba rasa sayang pulak nak petik haha!

SAYUR HIDROPONIK (MINGGU PERTAMA)

 

SAWI, PAK CHOY, BAYAM HIDROPONIK (SELEPAS SEBULAN!)

 

Tapi kali ni, saya akan sharekan peringkat permulaan dulu maksudnya saya akan ceritakan cara nak semai biji benih yang lebih senang dan murah. Jadi, selepas peringkat semaian biji benih ni dah berjaya, bolehlah kita belajar peringkat seterusnya. Jom kita start!

Bahan-bahan yang anda perlukan:

1)    Span

2)    Biji benih sayur (cth: sawi bunga, pak choy, kangkung, bayam hijau, bayam merah)

3)    Air

4)    Pisau pemotong

 

Kita cuma perlukan 3 bahan di atas sahaja. Ada juga cara yang lain, mereka tak menggunakan span tapi rockwool. Pada pendapat saya, span lebih murah dan kita boleh boleh guna semula sekiranya ada biji benih yang tidak menjadi (tak tumbuh).

Terpulang kepada anda sama ada nak gunakan span ataupun rockwool. Span dan rockwool boleh dibeli di kedai-kedai hardware.

Cara-cara semai biji benih:

1)    Buat garisan pada span dan setiap kotak bersaiz 3x3cm. Jangan potong span sehingga putus, cukup sekadar untuk membuat tanda supaya nanti bila kita nak pindahkan anak sayur ke dalam sistem hidroponik lebih mudah untuk tarik dan pisahkan.

2)    Buat lubang pada setiap kotak di atas span tersebut. Lubang tersebut hendaklah sedalam 0.5cm hingga 1 cm. Jangan terlalu dalam, sebab ia akan menyukarkan biji benih untuk tumbuh ke atas.

 

CARA SEMAI BIJI BENIH HIDROPONIK

 

3)    Simpan bekas yang berisi span di tempat yang redup ataupun tutupkan bekas dekat plastic/kain supaya ianya tidka terkena matahari. Buat selama semalaman.

4)    Hari kedua (biji benih dah mula pecah), letakkan di tempat yang terkena cahaya matahari pagi. Diingatkan, jangan letakkan di kawasan yang terkena matahari tengahari yang panas dan terik kerana ia boleh membuatkan biji benih rosak dan tak tumbuh.

5)    Elakkan dari terkena hujan lebat kerana ia boleh membuatkan biji benih terkeluar dari lubang span.

6)    Jika span kering, semburkan air.

 

SEMAI BIJI BENIH PAK CHOY, BAYAM, KANGKUNG HIDROPONIK

 

SEMAI MENGGUNAKAN SPAN

 

Itu sahaja cara-cara untuk menyemai biji benih sayur. Kebiasaannya biji benih sayur akan tumbuh selama lebih kurang 6-8 hari. Selepas sayur tu dah tumbuh 2 helai daun dan akar dan pun terkeluar dari span, so kita bolehlah pindahkan ke dalam sistem hidroponik yang telah disediakan.

SEMINGGU SELEPAS SEMAI

 

Ada beberapa orang yang tanya dekat saya, ‘dekat mana nak beli biji benih?’, ‘boleh ke guna bii benih yang biasa ataupun ada spesifik biji benih untuk hidroponik?’

Apa jenama biji benih?

Sebenarnya anda boleh gunakan biji benih yang biasa kita beli dekat nurseri bunga. Inshaallah akan hidup dan berkualiti. Tapi kalau anda nakkan biji benih yang lebih berkualiti, saya recommend anda gunakan biji benih jenama Baba Smart Grow. Lebih berkualiti dan dijamin tumbuh. Tapi ada juga beberapa yang rosak dan tak bercambah.

Overall, kalau gunakan biji benih yang biasa, takde jenama atau selalunya kita beli dekat nurseri, okay je. Sebab saya pun ada juga beli dekat nurseri. Tapi, saya lebih prefer dan pilih untuk gunakan jenama Baba Smart Grow haha! Anda oleh dapatkan di shopee.

BIJI BENIH BABA SMART GROW

 

Untuk peringkat kedua (pemindahan anak biji benih ke dalam sistem hidroponik), saya akan sharekan lagi di post akan datang. Stay tuned, guys!

Jadi itu sahaja untuk harini. Kalau anda ada apa-apa nak tanya dan nak sharekan pengalaman, boleh komen dekat bawah tau! Saya akan reply secepat yang mungkin :D

That’s all for today, bye!!

 

Aina Amir,

8:40 pm | Sunday 9/8/2020

Song: One Direction – Night Changes

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment