Assalamualaikum hai!
Harini saya nak share jenis-jenis sayur yang mudah dan senang di tanam
di rumah. Anda boleh tanam sama ada menggunakan tanah ataupun secara
hidroponik.
Seronok bila ada kebun mini dekat rumah dan boleh petik je sayur bila-bila
masa. Kalau anda ada kekangan masa nak jaga atau siram pokok, anda boleh tanam
secara hidroponik. Tak perlu beli set hidroponik yang mahal pun, cuma perlu
faham konsep hidroponik lepas tu kita boleh diy sendiri bekas hidroponik kita
sendiri :)
Sayur-sayur yang saya sharekan harini semuanya senang, mudah dan selalu
kita gunakan dalam masakan harian. So, lepas ni kita dah tak perlu lah beli
sayur di pasar, lagi best! Bertambah puas hati bila kita tanam sendiri.
Ok jom kita start!
Apakah Jenis Tanaman yang Mudah
Ditanam di Rumah?
1) Kangkung
Sayur kangkung adalah sayur yang paling senang nak
hidup. Campaklah dekat mana-mana, mesti hidup haha! Bagi saya kangkung sangat
mudah hidup dan menjadi.
Anda Cuma perlu taburkan biji benih pada tanah,
kemudian siram sentiasa. Kebiasaannya akan tumbuh dalam 3 atau 4 minggu.
Lagi best sebab lepas kita tuai, kangkung akan tumbuh
2 kali ganda daripada kita tanam. Maksudnya, 1 pokok kangkung akan bercambah jadi
2 batang. So dekat sini anda dah untung lah.
Kalau susah nak cari biji benih kangkung, kaedah kedua
ialah anda tanam semula batang kangkung yang kita beli di pasar. Selalunya kita
akan buang batang dan akar kangkung tu kan. Jadi, ambil bahagian yang dibuang
tu, tanam semula. Insyaallah hidup! Sebab saya dah pun cuba, memang menjadi. Dan
saya juga ada tanam kangkung secara hidroponik
 |
|
KANGKUNG HIDROPONIK
|
2) Bayam
Sayur bayam ada 2 jenis iaitu bayam hijau dan bayam
merah. Boleh juga kalau anda nak tanam guna tanah ataupun hidroponik. Kalau
tanam secara hidroponik, takdelah pasir dan tanah pada sayur bayam. Selalunya,
kalau beli di pasar mesti ada tanah yang melekat pada batang.
Bayam sedap kalau anda masak tumis, bening ataupun
paling sedap masak lemak putih. Memang terbaik!
 |
|
BAYAM HIDROPONIK
|
3) Pak Choy
Sayur pakchoy ni macam sawi lah, tapi tak terlalu
pahit. Tapi kalau anda lambat tuai, bila dia dah tua, pakchoy akan jadi pahit
dan tak sedap bila dimasak.
Tips untuk tanam pakchoy, anda jangan tanam 2/3 pokok
dalam satu lubang, nanti sayur tu akan jadi kecil dan terbantut. Perlu tanam 1
pokok dalam 1 lubang.
Pakchoy boleh dipetik selepas 4 minggu. Sekejap je
sebenarnya. Bila dah petik, anda kena tanam yang baru sebab dia tak macam
kangkung dan bayam dimana kita petik dengan memotong bahagian batang shj. Kalau
pak choy, anda kena petik sekaligus dengan akarnya.
Sedap sangat kalau masak sos tiram dan bawang putih. Sama
yang macam kita makan di Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam kokokok! Haha
 |
|
PAKCHOY HIDROPONIK
|
4) Sawi bunga
Bagi saya, sawi bunga lebih sedap daripada sawi yang
besar selalunya kita jumpa di supermarket tu. Kurang pahit dan lembut. Sawi
bunga akan tumbuh dan boleh dipetik selepas 4 minggu.
Lagi 1 sawi ialah sawi putih. Ni favorite saya ni. Saya
selalu buat masak lemak putih. Memang sedap! Makan pula dengan ikan goreng dan
sambal belacan, peh!
 |
|
SAWI PUTIH HIDROPONIK
|
5) Bawang
Senang je, anda beli sedikit bawang di pasar, lepas tu
tanam. Letakkan bahagian akar menghadap ke bawah. Tunggulah selepas 3-4 minggu,
nanti akan tumbuh daun bawang.
Senang lah kalau nak masak char kuey tiaw, cucur
bawang, dsb. Saya suka daun bawang sebab baunya sedap.
 |
|
DAUN BAWANG SUMBER: GOOGLE
|
6) Daun Kesum
Kalau anda ada lebihan daun kesum dalam peti ais, lagi
elok kalau try tanam guna tanah. Sebabnya daun kesum ni senang sangat hidup,
janji tanah sentiasa lembab. Ada beza tau, kalau beli di pasar dengan yang kita
tanam.
Daun kesum yang saya tanam, fresh sangat dan
besar-besar! Barulah best kalau nak masak asam pedas ataupun laksa. Masak asam
pedas hari-hari pun takpe! Letak lagi banyak lagi sedap tau!
 |
|
DAUN KESUM SUMBER: GOOGLE
|
7) Bayam Brazil
Bayam brazil ni baru je viral 2 3 tahun kebelakangan
ni. Sebab dia senang tanam dan hidup. Cruchy sangat, sedap bila buat ulam. Tapi
bayam brazil ni, kalau anda lambat petik dia akan jadi tua dan tak sedap.
Kalau mama saya, dia suka masukkan dalam masak lemak cili
api. Sedap! Nanti anda bolehlah try!
 |
|
BAYAM BRAZIL SUMBER: GOOGLE
|
Itu sahaja untuk harini. Banyak juga saya share
harini. Jenis-jenis sayur yang saya share memang senang dan mudah. Saya tak
tipu! Sebab saya dah pun try dan memang menjadi. Gemuk-gemuk dan fresh pulak
tu!
Yang penting anda kena rajin siram sehari 2 kali. Kalau
malas ataupun tiada masa, boleh tanam secara hidroponik. Sebenarnya saya dah
lama tak beli sayur di pasar. Hari-hari makan apa yang ditanam je. Jimat duit! Kalau
pergi pasar, saya cuma perlu beli bawang, cili dan halia, itu sahaja!
Okaylah itu je nak share harini. Komen lah dekat
bawah, bolehlah kita sembang haha! Jumpa lagi di next post.
That’s all for today, bye!!
Aina Amir,
10:45 am | Thursday 13/8/2020
Song: Ariana Grande, Justin Bieber – Stuck with You