Showing posts with label bendi hidroponik. Show all posts
Showing posts with label bendi hidroponik. Show all posts

Bendi Hidroponik

Assalamualaikum hai!

Harini saya nak share tentang bendi hidroponik. Sebenarnya, saya dah tanam bendi ni lebih kurang sebulan yang lepas. Tak sangka pula cepat je berbuah Alhamdulillah.

Saya cuba guna kaedah hidroponik da nada juga yang saya tanam dekat tanah. Rupa-rupanya, dua-dua membuahkan hasil bendi yang sihat dan segar!

BENDI HIDROPONIK

BENDI TANAM PADA TANAH

 

Jadi sebenarnya takde masalah sebenarnya sama ada anda nak tanam secara hidroponik ataupun dekat tanah.

Cumanya bila kita tanam secara hidroponik ni, kita tka perlulah nak siram hari-hari. Kalau anda takde masa ataupun sibuk bekerja, bolehlah guna cara hidroponik.

 

Langkah-langkah Tanam Bendi

Langkah yang pertama, anda perlu semai dulu biji benih bendi. Anda boleh semai pada tanah ataupun pada span dan rockwool seperti apa yang saya ajar di post yang lepas (klik).

Kalau anda tanam secara hidroponik, anda kena pindahkan anak pokok (mempunyai 2-3 daun) ke tempat hidroponik. Macam saya punya ni, saya beli bekas di kedai RM2, kemudian saya lubangkan. Senang je. 

BENDI HIDROPONIK

  

Letakkan pokok bendi di tempat yang kena matahari pagi sebab lagi cepat dia akan membesar. Kemudian, anda jangan lupa letakkan air dan campuran baja ab dengan bacaan 600ppm. Bila pokok bendi dah mula besar sikit anda bolehlah naikkan kepada 1000ppm. Bila anda dah mula nampak ada bendi yang dah mula tumbuh, anda naikkan bacaan baja ab kepada 1500ppm.

Kemudian, anda biarkan bacaan baja tu 1500-1800ppm sebab bendi ni dia akan selalu tumbuh selepas tuaian yang pertama. Tak sampai seminggu dah tumbuh dan keluar bendi yang baru.

Tips dan nasihat supaya anda jangan lambat petik bendi. Sebab bila anda terlambat petik dan tuai bendi, nanti bendi akan jadi tua, liat dan tak sedap bila dimakan. Trust me!

Jadi, bila anda nampak bendi tu dah besar dan warna hijaunya adalah hijau muda, bolehlah cepat-cepat petik. Kalau bendi dah berwarna hijau tua sikit, tu maknanya bendi dah tua.

Semalam saya baru je masak asam pedas ikan dan saya letakkan bendi yang saya tanam. Memang sedap dan nikmat sebab kita makan sayur yang kita tanam. Dan saya tak letak racun serangga tau!

Okaylah itu sahaja yang saya nak share harini. Selamat mencuba dan bercucuk tanam!

That’s all for today, bye!!

Aina Amir,

11:37 am | Thursday 10/9/2020