Tempat Makan Sedap di Temerloh (Part 1)

 

Assalamualaikum hai!

Harini saya nak share pasal tempat makan yang sedap dan best dekat Temerloh, Pahang. Sabtu yang lepas, saya dan family ada pergi bercuti ke Temerloh. Saja-saja cuti sekejap nak berehat.

Jadi kami buat keputusan pergi ke Temerloh, Pahang. Bila sebut je tentang negeri Pahang, perkara pertama yang kita terbayang semestinya ikan patin haha! Sebut je Pahang, mesti ingat ikan patin dan tempoyak.

Saya tak nafikan lah, saya ke Temerloh pun sebab nak makan patin masak tempoyak. Rasanya ada 3 ekor ikan patin yang saya dah makan tempoh hari.

Tapi sebenarnya kalau anda nak tahu, dekat Temerloh bukan sahaja ada ikan patin dan tempoyak, tapi ada baaaanyak lagi makanan lain yang sedap dan anda patut cuba.

Tak bosan ke kalau bercuti 3 hari 2 malam, asyik-asyik makan ikan patin. Siang malam ikan patin, muka pun dah macam ikan patin haha #gurauje. So jom saya nak share satu tempat yang menyediakan kek dan pencuci mulut. Yelah lepas makan ikan patin tu takkan taknak rasa makan makanan yang manis dan cair di mulut kann.

 

Bambam Cakes, Temerloh

BAMBAM CAKES, TEMERLOH

Ha ini lah tempat yang saya pergi haritu. Anda tak boleh makan kat dalam tau sebab mereka tak sediakan meja untuk makan dekat dalam.

Lokasi kedai Bambam Cakes ni senang je. Kedai dia sebaris dengan Kedai Ikan Patin Pak Usop yang terkenal tu. Berada di medan selera sebelah sungai temerloh (pasar besar temerloh).

Mula-mula sekali, bila masuk je dekat dalam tu memang cantik, kemas dan wangi sebab bau kek. Tapi sayang kita tak boleh nak selfie ataupun ambil gambar dekat dalam sebab tiada meja dan kerusi disediakan.

Ada banyak pilihan kek, dessert, cookies dan sebagainya. Kalau anda nak try menu yang best selling, anda tanya je dekat staf situ. Sebab staff mereka pun friendly dan baik. Tanya je tau!

Range harga sangatlah berbaloi dan berpatutan. Kebanyakan kek dan dessert yang saya nampak, harganya bermula dari RM7-RM20 (kalau tak silap saya). 

 


Dengan harga berbaloi, anda dapat dessert yang cukup memuaskan hati! Serious saya tak tipu. Bila buka je penutup kek dan masukkan satu suap ke dalam mulut fuhh memang betul-betul cair di mulut. Tak rugi saya beli. Orang pahang cakap, worth every penny!

Saya suka sebab dessert dia ni tak terlalu manis dan just nice. Lembut, cantik, melting dalam mulut, memang padu!

 


Nak Repeat Lagi?

Kalau anda tanya saya, saya nak beli lagi tak? Semestinya, saya akan repeat makan lagi dan lagi! Sebab bila makan tu tak rasa muak.

Saya tak ingat lah pula apa nama kek yang saya beli ni. Tapi nanti anda jangan risau, anda boleh tengok ada banyak lagi aneka kek dan dessert yang sedap-sedap dekat sana. Saya rasa rugi sebab tak beli banyak-banyak haha.

 

Nama Kedai: Bambam Cakes

Lokasi: Bambam Cakes · A21 Gerai MPT Lurah Semantan 28000, Temerloh, Pahang

Rate: 7/10

 

Okaylah itu sahaja yang saya nak share harini. Sebenarnya saya ada banyak lagi tempat makan yang sedap dan menarik di Temerloh ni, tapi nanti saya share lagi, okay! Lepas ni saya akan share dekat mana Restoren Ikan Patin yang terbaik dan padu. Stay tune and selamat mencuba!

That’s all from me, bye!!

Aina Amir

12:39 pm | Tuesday 22/9/2020

Song: Aizat Amdan ft Hanin Dhiya – Ku Mau