Hai assalamualaikum!
Harini saya nak share dan review Restoren Al-Ikhwan ataupun dikenali sebagai GH Corner dekat Bukit Beruntung, Selangor. Sebenarnya, kalau anda nak tau, Al-Ikhwan ada banyak cawangan bukan sahaja di seluruh Malaysia tapi di seluruh dunia. Dan sebenarnya Al-Ikhwan bukan sahaja ada restoren tapi diorang juga ada laundry, bakery, hotel, welding dan sebagainya.
Jadi, dua hari yang lepas saya ada pergi ke Restoren Al-Ikhwan ni. Banyak rupanya pilihan makanan dan menu yang diorang ada. Ada western, makanan melayu (masakan panas) dan juga menu dari timur tengah iaitu nasi arab. Dan yang paling penting, harga agak berpatutan dan tak lah terlalu mahal. Semua orang mampu makan dekat sini.
![]() |
|
MAKANAN WESTERN |
![]() |
|
NASI ARAB |
![]() |
|
ROTI CANAI |
Banyak kan!! Sebenarnya ada banyak lagi, tapi saya tak ambil gambar. Kalau anda nak tau, kena lah cuba sendiri haha. Haritu saya order nasi buttermilk chicken, nasi chicken katsu, burger special, spaghetti aglio olio, mac n cheese dan baked macaroni.
![]() |
|
BURGER SPECIAL AL-RASYIDIN |
![]() |
|
NASI BUTTERMILK CHICKEN |
Sedap ke?
Dari segi rasa dia, memang sedap dan padu lah jugak. Tinggi juga dari expectation saya haha. Kita dapat portion yang banyak dan tak kedekut. Saya recommend anda semua untuk cuba dan try sendiri makan dekat restoren ni.
Overall, saya boleh katakana makanan sedap dan berbaloi, tempat yang selesa, bersih dan juga service dan layanan friendly dan bagus. So, apa lagi nak? haha. Semua lengkap dan bagus. Oh lagi satu yang paling penting ialah parking senang dan banyak kosong. Tak perlu pening kepala nak kena pusing cari parking.
![]() |
|
GH CORNER, BUKIT BERUNTUNG |
Lagi satu, restoren ni sangat selesa dan sejuk sebab ada aircond. Sesuai untuk anda yang nak bawa anak-anak dan keluarga. Sesuai juga kalau nak meeting sebab suasana tempat sangat selesa dan agak privacy sikit.
Nama Restoren: Restoren Al-Ikhwan/GH Corner
Lokasi: First Floor, Jalan Adenium 2G, 5, Seksyen BB5, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor
Rate: 7/10
Okaylah itu sahaja saya nak share harini. Selamat mecuba!
That’s all for today, bye!!
Aina Amir,
7:59 pm | Sunday 13/9/2020
Song: JC Stewart – Lying that you love me








Best sebenarnya travel food hehe. tapi baca ni time lepas makan tak rasa teringin lagi hehehe
ReplyDeleteHahahahaha ye setuju
Delete