Hey
Assalamualaikum.
Entry kali ni aku nak cerita tentang Pekan Rabu terletak di Alor Setar, Kedah.
Sebaiknya korang datang sebelum pukul 12 tengahari. Sebab, katanya kalau korang datang tengahari akan ramai orang. Ini apa yang dikatakan orang dekat situ. Waktu aku datang dalam pukul 10 pagi, dan tak ramai sangat orang. Senang aku nak pilih barang.
Sebaiknya korang datang sebelum pukul 12 tengahari. Sebab, katanya kalau korang datang tengahari akan ramai orang. Ini apa yang dikatakan orang dekat situ. Waktu aku datang dalam pukul 10 pagi, dan tak ramai sangat orang. Senang aku nak pilih barang.
![]() |
| Pekan Rabu |
Kan
haritu aku pergi Kedah so sempat lah jalan-jalan dekat area Alor Setar. Seingat
aku, aku pergi Pekan Rabu waktu form berapa entah tak ingat. Tapi, waktu tu
best lagi lah. Sebab dia betul-betul feel macam pergi pasar. Main lambak camtu
je. Alah lebih kurang macam Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan.
![]() |
Dulu,
bahagian bawah ada makanan, jual buah, pelam dan sebagainya. Ada pekasam, ikan
masin, ikan bilin dan lain-lain. Tapi sekarang dah tak sama dah. Memang dah
lain sangat. Totally changed. Mungkin diorang nak Nampak kemas dan bersih.
Yelah
mana taknya, bila makanan diletakkan dekat bahagian bawah, akan ada lah haiwan
tak diundang yang datang contohnya tikus, langau, lalat, kucing?...
Bahagian
bawah ada kedai pakaian, tudung, kedai makan, minyak, kelengkapan haji dan umrah,
bakul, rotan, kraftangan, dan kedai buku. Macam-macam ada, korang pilih je nak
apa. Baju kurung, kurta, kopiah, al-quran, tudung saji, bakul baju, tudung
bawal semua ada lah. Pergi je. Harga sangat berpatutan dan takdelah cekik
darah.
![]() |
| Macam-macam minyak; minyak gamat, afiat, urut dll |
Tingkat
2 dan 3 semuanya makanan kering dan basah.
Makanan
basah: pekasam, ikan masin, ikan jeruk, ni je lah kan yang basah?
![]() |
| Ikan besar tu kalau nak beli separuh pon boleh |
Makanan
kering: Kicap Mudim, Kopi Gantang, Serbuk kari, ikan bilis, ikan kering,
serunding, kuih-kuih tradisional, kerepek, bahulu, keropok dan lain-lain.
![]() |
| Pes tomyam, pes stim limau, kari, kicap, sos, keropok, belacan, gula kabung dll. |
![]() |
| Ada macam-macam pilihan |
![]() |
| Serunding ikan, daging, ayam |
Yang
pelik dan musykilnya, alaupun dia longgokkan ikan pekasam dengan ikan masin
ni, aku tak Nampak seekor lalat pun! Serious. Pelik jugak selalunya mesti ada
je lalat ke langau ke ini memang takde langsung. Agaknya tinggi sangat kot
penat nak terbang sampai tingkat 2.
Kalau
dah datang ke Kedah, korang wajib beli pekasam, ikan bilis, Kicap mudim, Kopi
gantang, serunding, Serbuk kari dan kuih puteri apa ntah ni. Apa nama ni ceq
taktau nak habaq. Tapi rasa dia sama macam sagu gulung yang selalu kita makan waktu
kecik pastu suka sembur kat orang. Hahahahaha bukan aku ye….
![]() |
| Kopi cap gantang |
![]() |
| Kuih puteri ____ (aku tak ingat nama penuh) |
![]() |
| Ikan bilis |
![]() |
| Ikan lampan, puyu, sepat ronggeng, gelama... |
![]() |
| Ikan sepat ronggeng |
![]() |
| Ikan sepat ronggeng (dah buang kepala) |
![]() |
| Pekasam daging |
![]() |
| Aku rasa ni limau purut |
Aku
ada beli pekasam ikan lampam rasanya, memang sedap. Aku suka makan dengan nasi
panas-panas. Uish padu teruk! Memang nasi aku bertambah lah. Dia punya sedap
memang tak boleh bawak bincang. Makan sikit dengan ikan masin uuuuuu padu weh!
![]() |
| Ikan pekasam lampam dll |
Oh
lupa nak bagitahu, ada lif disediakan dan parking bawah tanah, memang mudah dan
senang. Parking pon banyak. So, ayah, abang, pakcik tak perlu risau pasal
parking. Ha parking je bawah tu, ha lepaskan anak bini biar diorang shopping
pastu tidur lah dalam kereta dengan aman.
![]() |
| Kad parking |
Lagi
satu, kalau korang waze atau google maps ‘Pekan Rabu’ dia akan bawa korang ke
Ukir Mall which salah jalan. So, takpayah pening kepala tanya je orang tepi
jalan, akak petrol, abang tol. Sekejap je dah sampai. Sangat memudahkan.
Okay!
Itu sahaja nak cerita hari ni. Semoga bermanfaat untuk semua. Kalau ada apa-apa
komen je dekat bawah.
Byeeee
and have a good day! Assalamualaikum.
Sabtu | 13 Julai 2019 | 10:09 pm
Sabtu | 13 Julai 2019 | 10:09 pm



















ye memang seronok!!!!!!
ReplyDelete