TEMPAT MAKAN BEST DI IPOH, PERAK (WAJIB CUBA!)

Post kali ini, aku nak cerita pasal tempat makan yang paling best dan terbaik di Ipoh. Aku jamin, confirm sedap! Sebab aku dah try dan memang betul-betul terbaik!

Kalau tak sedap, ni KERAT jari aku ni. (eh takut pulak)

Aku serious, sekali korang makan, memang jatuh cinta. Sampai termimpi-mimpi, teringat-ingat. Dia punya kesedapan, kelazatan, servis, tempat selesa. Senang cerita aku bagi 9/10 bintang! Memang padu!

"cepatlah cakap! apa nama kedai tu?!!"
Okay okay, sabar jap

RESTORAN SIMPANG TIGA MEDAN, IPOH, PERAK

sumber: Google

Restoran ini terletak di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, Ipoh. Senang sangat nak cari. Korang just cari guna google maps ataupun waze, type nama kedai, dah boleh sampai.

Aku tak pasti dia buka pukul berapa, tapi restoran ni tutup pukul 6 petang. Makanan semua berasaskan nasi padang Indonesia. Kalau korang sukakan rasa makanan Indonesia, bolehlah datang ke sini. Rasa tak terlalu berbeza sangat dengan makanan Malaysia. Jadi, boleh di makan oleh semua lapisan masyarakat.

Kalau korang tak suka makan ayam kampung, jangan risau, mereka ada jual ayam biasa jugak. Lagi satu, restoran ini menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk tau! Pening kepala nak pilih hahahahha. Disebabkan aku pening kepala nak pengsan pilih lauk apa nak makan, jadi aku pilih banyak. Hahahahaha.

Dekat sini, korang masuk, dan terus pilih lauk. Korang perlu pilih lauk, dan nanti diorang akan hidangkan dalam pinggan kecil-kecil. So, maksudnya bukan makan pilih pastu letak lauk atas nasi. No no no! 

Pekerja tersangatlah ramai dan friendly. Jadi, korang jangan risau, makanan lambat sampai lah apa lah. Korang pilih lauk, pastu pergi duduk diam-diam dekat meja sana. Nanti diorang akan hantar. 



Ini lauk pauk yang aku order. Banyak kan! Lagipun aku pergi waktu tu dah pukul 3:30 petang. So, makanan banyak yang dah habis. So, kalau korang taknak kehabisan lauk, bolehlah datang awal dalam tengahari macamtu.

Okay jap aku zoom in apa yang aku makan.

Ayam bumbu
1. Ayam Bumbu

Okay ni nama dia, Ayam Bumbu. aku suka ayam dia, memang terasa rempah dia. Rasa dia lebih kurang macam ayam berempah. Tapi aku rasa ni ayam biasa, bukn ayam kampung. Ni memang terbaik!

Gulai Tunjang
2. Gulai Tunjang

Ni pulak gulai tunjang. Memang lembut sangat. Senang je nak gigit dan kunyah. Selalu kalau kita beli dekat restoran lain, dia akan masak panjang-panjang. Tapi yang ni,diorang potong kecil-kecil jadi senanglah kita nak makan. Tak pedas sangat dan cukup rasa! Korang patut cuba tau.

Sambal Hijau
3. Sambal Hijau

Nasi Padang takde sambal hijau tak lengkaplah bro sis sekalian. Nasi padang WAJIB ada sambal! Makanan Indonesia memang wajib ada sambal, kalau takde memang hidup rasa tak bermaya je. hhahaha. Sepatutnya ada sambal merah, tapi dah habis. Jadi aku order sambal hijau. Rasa dia taklah pedas gila macam Ramen or Samyang tu. Bagi aku tak pedas sangat sampai berpeluh. Pedas dia boleh handle lagi lah. Ini wajib!


4. (aku taktau nama)

Hahaha sorry, aku taktau nama ni apa. Tapi memang ngam lah. Dah makan gulai campur sambal sikit pastu makan ikan ni, rangup pulak tu. Memang padu! Tak tipu.

Kacang buncis

5. Kacang buncis

Ni kacang buncis sama macam kita selalu makan tu. Penyedap lah, takkan makan semua tu takde sayur. Ada sayur, baru balance.

Gulai Ayam Kampung

6. Gulai Ayam Kampung

Yang ni baru betul ayam kampung. Gulai dia memang sedap dan cukup rasa. Aku suka kuah dia. Aku memang suka makan ayam kampung. Tapi lagi suka kalau Ayam Kampung tu digoreng. Macam Ayam pop.

Yang belah belakang tu Ayam Bakar. Aku bukan ak cakap apa, tapi yang tu SANGAT SANGAT SANGAT sedap! Uih rasa dia juicy, lembut je bila gigit, tak liat. Pastu pulak dia tak kedekut sos. Rasa manis-manis sikit. Memang sedap. Bila dapat gigit bahagian kulit tu yang padu beb! Memang sedap. Aku rasa sos dia tu memang lain daripada yang lain.

Sayangnya aku tak ambil ikan bakar, mesti sedap.


Jus Avocado

7. Jus Avocado

Jus Avocado tapi kadang-kadang orang panggil Jus Al-Pukat. Taktau lah kenapa. Tapi sedap, memang rasa avocado. Tak kedekut! Tak terlalu manis which is aku suka. Memang pior punya avocado dia bagi. Pastu dia letak coklat sikit.


 Dah habis! Habis licin pinggan tu. Takde yang tertinggal.

Lagi satu nak cakap, sambal kicap dia memang power. Sedap, aku cicah dengan ayam bakar. Aku taktau tu cicah untuk apa.

Overall, Restoran Simpang Tiga Medan, Ipoh memang terbaik dan sangat sedap.

Korang jangan lupa datang dan cuba menu-menu dia tau! Kalau dah try ha comment dekat bawah.

Okaylah tu je nak cerita untuk hari ni. Bye

Rabu | 10 Julai 2019 | 11:59 am




Cucur Jagung Paling Sedap!!!

Assalamualaikum wazzup geng!

Ha apa khabar? Dah makan ke belum? Dah mandi ke? Kalau belum mandi, takpayah nak mandi sekarang pulak, baca dulu entry aku ni hahahaha.

Mulai dari harini aku nak keluarkan satu hashtag bernama #misimencaricucurjagung HAHAHAHAHAH. Rasa cam lawak pulak.



Sebenarnya aku dari 2 minggu lepas menggila makan cucur jagung. Setiap kali pergi gerai, aku akan cari cucur jagung. Uish memang padu. Cucur jagung ni kalau nak sedap, dia kena panas-panas, rangup, dapat pulak cicah dengan sos homemade, pastu dapat teh o panas. Uish memang terangkat beb! Padu!

Aku dah berapa kali dah beli cucur jagung dekat makcik ni, tapi kali ni aku nak tunjuk and share dengan korang. Kedai dia kat sini.

belakang kereta Saga tu
Aduh tak nampak pulak gerainya. Kereta Saga tu halang. Time aku ambil gambar ni, ada kereta Myvi tu lalu. Mama be like: "Aina! Kenapa pandai sangat ambil gambar tengah jalan?!"

Semua sebab korang tau, aku nak ambil gambar nak tunjuk kat korang hahahahah jkjkjk jangan marah aaa

Kuih-muih

Pelbagai kuih-muih lain tapi hanya cucur jagung menjadi pojaan hatiku hohohoho *sambil hidung terkembang-kembang.

Sebenarnya gerai ni, orang ramai gila datang sampai beratur tai bukan sebab cucur jagung, tapi sebab pisang goreng cheese diorang. Memang tak dinafikan, sedap gila nak mati. Cheese tak kedekut, susu tak kedekut, chocolate pon dia curah je banyak-banyak. Memang puas hati.

Itulah hari-hari penuh je gerai makcik ni. Aku pon pelik diorang ni biar betul hari-hari makan pisang. Ish makan lah nasi ayam penyet ke, nasi hujan panas ke, aku nak beli cucur jagung pon ramai.

Apa yang best pasal cucur jagung makcik ni?
Uish bro sis, kalau aku cerita ni memang takkan habis sampai esok. Dia punya sedap tu uihhhh susah den nak kato. (eh terkeluar bahasa nogori)

RM2 untuk aku seorang je!

Rangup! Panas! Sos homemade, cukup rasa, jagung banyak, manis-manis gitu. Pastu tergigit pulak daun bawang uihhhh lagi padu beb!

Tapi satu je lah aku tak suka cucur ni, bila dia sejuk. Hmm susah nak cakap. Dia punya keras, boleh tercabut gigi aku sekali dengan gusi. Dia dah tak rangup. So, korang kalau beli, terus makan on the spot! Takpayah nak tunggu balik rumah baru nak makan. Memang dah tak nikmat.
Comel je cucur jagung ni

Panas! Panas!
Tapi aku ada lagi satu port baek punyaaa. Dia punya cucur jagung sedap jugak. Paling best, cucur jagung tu kalau dah sejuk, dia tetap rangup. Pehhhh! Memang nikmat. Nanti aku tunjuk dekat korang.

Okaylah tu je aku nak cerita harini. Terima kasih semua!!! Korang memang the best lah! Nanti lain kali aku cerita lagi. Byeeeeee👋😁😁💕💕💖💗💘💝

Selasa | 2 Julai 2019 | 9:28 pm

Sedap sangat ke Tealive???

Hai everybodehhhhh
Assalamualaikum wazzup everyone.

Punyalah lama aku craving tealive tu. Yelah dah lama tak minum dekat sana mana ada. Bila cuti, balik rumah barulah dapat merasa.

Aku memang kalau pergi telive, aku akan order signature brown sugar peral milk tea ataupun coco hazelnut + pearl aka boba.
So, memang favourite aku lah tealive ni plus aku pun suka dengan dia punya boba tu. Tak lembik sangat and tak keras. Seronok boleh gigit2. Tapi lenguh jugaklah rahang nak mengunyah je. Habis kembung perut hahaha.

Lepastu pula, baru-baru ni viral boba or pearl milk tea ni. Benda ni start viral daripada twitter lah apa lagi. Mula-mula viral Xing Fu Tang lepastu The Alley then Tiger Sugar ha pastu Tealive.

Apa lagi menggila semua orang beratur panjang gila sebab nak minum pearl milk tea. Lepastu buat challenge bandingkan yang mana paling sedap. Makin menjadi-jadi.

So, semalam aku pergu dekat satu petrol station ni, ada tealive. Aku tak ingat kat mana.
So, aku memang nak pearl milk tea since aku dah lama craving.

Lepastu kau tahu apa dia kata?! Pearl dah habis lah dik. Betapa sedihnya aku time tu. Okaylah takpelah pudding dia pon sedap juga. So, aku order Strawberry Pudding. Yang ni sedap jugak and aku suka gila dia punya pudding. Rasa macam mango + susu.

Sebelum minum, WAJIB ambil gambar dulu. Masuk dalam story haahaha

Ni angle tak cantik sikit


Haih, asyik habis je pearl ni yang menaikkan kemarahan ni huhu. Orang dah lah craving hahahaha

Tapi kan kalau nak dibandingkan daripada semua pearl milk tea aka boba, tealive yang paling murah dan besar dan sedap. Bagi aku tealive sedap dan aku suka je. Sebab kalau dibandingkan yang lain, ada rasa susu je. Maybe ada yang suka tapi entahlah. Korang bandingkan lah sendiri.

Tapi kalau dari segi rasa, The Koi is number one! Sedap gila entahlah susah nak explain. Korang pergi rasa sendiri.

Kalau nak murah lagi, boleh pergi beli Pearl Milk Tea Family Mart. Diorang baru je keluarkan pearl milk tea tu. So, korang bolehlah serbu.
Tapi ingat! Jangan pergi picit-picit roti ke sandwich ke dekat Family Mart. Nanti kena kecam. Tu takpe lagi, nanti kena masuk lokap. Ha menangis tak berlagu hahhahaa

Okaylah itu je aku nak cerita. Jumpa lagi di lain hari byeee