Assalamualaikum hai!
Rasanya dah lama sangat saya tak post artikel di blog ni. Minta maaf sangat-sangat sebab kebelakangan ni saya terlalu sibuk dengan assignment, tutorial, test dsb. Alang-alang, sekarang ada masa terluang sikit jadi saya nak share dengan anda semua tentang tempat makan yang sedap di Pengkalan Balak, Melaka.
Bila sebut je tentang Melaka, makanan pertama yang kita bayangkan semestinya asam pedas, keria gula Melaka, coconut shake, ikan bakar dan cencaluk haha. Jadi, harini saya nak share dengan anda semua restoren yang menyajikan asam pedas ikan yang sedap di Melaka, bukan di Bandar Ayer Keroh tapi di bahagian pantai di Pengkalan Balak, Melaka.
Dua hari lepas, saya saja pergi berjalan nak ambil angin ke Pengkalan Balak. Saya Cuma pergi balik hari je, makan asam pedas sekejap, cari kuih, singgah sekejap Teluk Kemang dan Port Dickson lepas tu balik. Trip yang tersangatlah sekejap.
KEDAI MAKAN PAK AKOP, PENGKALAN BALAK
Sesampainya saya di Pengkalan Balak pukul 1 tengah hari, perut pun dah lapar jadi terus terjah kedai makan asam pedas ikan. Disebabkan saya dah selalu pergi ke Pengkalan Balak, jadi selalunya saya akan singgah di Kedai Makan Pak Akop.
Kedai Makan Pak Akop betul-betul terletak di tepi jalan besar. Senang sangat untuk anda jumpa, restorannya terletak bertentangan dengan pantai. Sebelah kanan pantai, sebelah kiri Restoran Pak Akop.
Sampai je, mama saya terus ambil asam pedas ikan tenggiri, 2 potong asam pedas ikan pari, cencaluk dan nasi putih. Apa yang buat perut makin lapar, bila aroma daun limau tu manusuk tembus dalam hidung tu. Uish rupa-rupanya, diorang masak asam pedas guna daun limau dan tak guna bunga kantan. Wangi betul!
Sedap ke?
Sedap!
Tak pedas pun, sesuai sangat untuk orang yang tak makan pedas.
Ikan pun segar dan yang paling penting kuah asam pedas tu. Fuhh pekat gila!
Makan pula dengan telur masin, ulam sikit lepastu cicah dengan cencaluk. Masyaallah sedap weh!
Untuk yang tak gemar makan asam pedas, jangan risau mereka ada juga sediakan lauk macam ayam masak lemak cilia api, daging salai masak lemak cili api, ikan keli sambal dll.
ANEKA LAUK DI KEDAI MAKAN PAK AKOP
Tapi benda yang paling suka adalah tempat dia. Tersangatlah sejuk ye lah dekat sangat dengan pantai. Angin kuat, jadi tak berpeluh la waktu makan. Saya boleh katakan, sangat selesa la sebab sejuk dan berangin. Kedai makannya pun macam warung tapi anda jangan risau, memang dia ada banyak sediakan banyak meja.
Anda waze ataupun google map je, mesti jumpa punya!
Nama Restoren: Kedai Makan Pak Akop
Lokasi: 1908, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
Rate: 7/10
![]() |
|
ALHAMDULILLAH KENYANG! |
Apa-apa pun ni adalah pendapat saya. Disebabkan saya lagi suka ke Pengkalan Balak berbanding ke Bandar Melaka jadi ini adalah cadangan restoren asam pedas yang sedap di kawasan tersebut. Anda boleh datang dan cuba sendiri!
Tapi kalau nak datang tu, jangan lupa jaga SOP, jaga jarak anda dengan orang lain. Kadang-kadang saya tengok, makin ramai yang dah lupa tentang SOP, penjarakan sosial dan pemakaian mask. Nak berjalan boleh, tapi jangan lupa jaga SOP, okay!
Okaylah itu sahaja yang saya nak share harini, insyaallah lain kali saya akan share lagi tentang makanan hahah!
Jaga diri!
That’s all for today, bye!!
Aina Amir
9:59 pm | Tuesday 29/12/2020





bookmark ni.. nanti nak ke zoo melaka yg dinasour tu.. boleh singgah makan
ReplyDelete