Showing posts with label guna roti. Show all posts
Showing posts with label guna roti. Show all posts

Roti Titab

Assalamualaikum and hai!



Harini saya saja nak share resepi yang senang sangat, guna bahan apa yang ada di rumah sahaja. Disebabkan musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni kita tak dapat

nak keluar rumah. Jadi, mesti ada makanan yang tersangatlah dirindui. Macam saya, saya rindu nak makan Roti Titab yang kebiasaannya kita makan waktu sarapan di negeri Kelantan.


 

Telur cair!


Jadi, saya pun google lah dan tengok video di youtube macam mana nak buat Roti Titab ni. Rupa-rupanya senang je hahaha. Kita cuma perlukan 4 bahan sahaja. 4 bahan ni pun senang je nak jumpa, tak perlu nak susah cari dekat shopee, lazada, zalora….

 

Walaupun resepi ni senang, tapi boleh menyebabkan anda tambah sampai dua kali ye :D Caranya memang simple tapi anda kena ikut betul-betul resepi yang saya nak kongsikan ni. Jom kita masak!

 

Resepi Roti Titab

Bahan-bahan:

1. Roti gardenia

2.  Planta

3. Telur Ayam

4. Kaya


Cara-cara:

1.     Ambil 2 keping roti gardenia, kemudian sapukan planta pada kedua-dua permukaan. Sapu bagi rata ye. Lagi banyak, lagi sedap. Tapi tak sihat lah ye, sesiapa yang nak diet kena letak sikit je.

2.     Bakar roti tadi. Nak guna bread toaster boleh, ataupun bakar atas frying pan je. Tak perlu letak minyak!

3.     Panaskan air, bila dah mendidih terus tutup api. Dan letakkan 1 biji telur SELAMA 7 MINIT! Jangan terlebih 7 minit ye, kalau lebih memang tak jadi. Bila dah letak telur boleh tutupkan bekas air tu.

4.     Pecahkan telur atas roti yang kita bakar tadi.

5.     Sapukan kaya di 4 penghujung roti.

6.     Dah siap!


Bakar sehingga garing



Sangat sedap!


Tu sahaja caranya. Senang, mudah dan cepat. Ambil masa dalam 10 minit sahaja. Ingat ye jangan rendam telur tu lebih daripada 7 minit, sebab takut nanti tak jadi pula telur goyang+gedik.




Tu je lah saya nak share harini. Selamat mencuba! Kalau anda dah cuba resepi ni, boleh komen dekat bawah :D


Bye!