Showing posts with label honey butter biscuit. Show all posts
Showing posts with label honey butter biscuit. Show all posts

Resepi Honey Butter Biscuit guna Air Fryer

Resepi Honey Butter Biscuit

Assalamualaikum hai!

Harini aku nak share satu resepi yang pernah viral waktu pkp haritu. Rasanya resepi ni viral dekat facebook. Jadi, aku cari dan cuba resepi ni yang aku jumpa dekat facebook juga. Tapi disebabkan ada bahan-bahan yang aku tak jumpa dan malas nak beli. Jadi, aku ubah sikit resepi dan ternyata sedap juga! Memang menjadi!


RESEPI HONEY BUTTER BISCUIT VIRAL


Rasanya dah dua kali aku cuba resepi ni sebab family semua suka dan rasa dia lebih kurang sama yang kita makan dekat texas chicken.

Setiap kali pergi texas chicken, memang ramai akan beli butter biscuit sebab sedap dan baunya yang tersangatlah wangi.

Kalau korang nak tengok video cara masak, boleh search di facebook: Masakje. Dekat situ, aku ada sharekan full video dan resepi supaya lebih faham.

Lagi satu resepi ni aku guna air fryer ye sebab takde oven.

Jom kita start!

BULATKAN MACAM NI


Bahan-bahan:

1)    1 ¼ cawan tepung gandum

2)    2 sdk baking powder

3)    1 sdb gula

4)    60 gram mentega

5)    1 ½ cawan susu

 

Cara-caranya:

1)    Campurkan kesemua bahan di atas. Kemudian gaulkan sehingga sebati.

2)    Bulat-bulatkan kemudian masukkan kedalam Loyang.

3)    Masukkan kedalam air fryer dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit.

4)    Kemudian, boleh letakkan gula ataupun madu di atas honey butter biscuit.

5)    Dah siap!


HONEY BUTTER BISCUIT GUNA AIR FRYER



Itu sahaja resepi honey butter biscuit menggunakan air fryer. Sangat senang, mudah dan cepat. Tak susah pun dan ambil masa sekejap je. Kalau takde oven, anda semua boleh gunakan air fryer lagi senang.

Rasa dia sedap, cruchy di luar tapi pada masa yang sama lembut di dalam. Yang paling penting, bila dah siap masak, automatik rumah kita bertukar jadi bakeri sebab bau dia tersangatlah wangi.

Selamat mencuba, semua!

Kalau ada yang dah cuba resepi ni, boleh komen di bawah :D

Okaylah itu sahaja untuk harini! Lain kali aku share lagi.

That’s all for today, bye!!

 

Aina Amir

11:14 am | Thursday 23/7/2020

Song: Eric Nam – Bravo, my life!