Showing posts with label menanam. Show all posts
Showing posts with label menanam. Show all posts

Cara Semai Biji Benih Sayur

 

Assalamualaikum hai!

Lama rasanya tak mengarang artikel dekat blog ni disebabkan kekangan masa dan hal-hal lain. Jadi hari ini saya nak kongsi dan ajar cara semai biji benih sayur-sayuran. Cara ini anda boleh gunakan untuk semai biji benih bunga ataupun tumbuhan lain. Lebih kurang sama je. Insyallah dalam lebih kurang seminggu sayur atau tumbuhan anda akan bercambah dan tumbuh sihat.

 

POKOK TOMATO SIHAT


Perkara pertama yang anda perlu ambil tahu ialah peralatan yang diperlukan. Anda kena sediakan peralatan ini sebelum nak mula semai biji benih.

Peralatan diperlukan:

1.     Bekas

2.     Tanah/Cocopeat

3.     Biji benih

4.     Air

Bila semua peralatan ni dah ada, boleh lah mulakan aktiviti persemaian biji benih. Pertama sekali, letakkan tanah ataupun cocopeat ke dalam bekas. Anda boleh gunakan sama ada tanah ataupun cocopeat ataupun campurkan kedua-duanya sekali. Takde masalah.

 

CONTOH BIJI BENIH DIBELI DI NURSERI

BEKAS SEMAI BIJI BENIH


Kemudian, lubangkan tanah, gunakan je pen. Cucukkan pen ke dalam tanah sedalam 1 inci, jangan terlampau dalam ye. Kemudian masukkan biji benih kedalam lubang yang dah dibuat tu. 1 biji benih untuk 1 lubang ye sebab nak mengelakkan daripada sayur anda terbantut pertumbuhannya.

Untuk bayam ataupun kangkung, boleh kalau anda nak masukkan 2-3 biji benih ke dalam 1 lubang. Tapi jika anda tanam pakchoy, cili, terung, bendi, salad dan sebagainya, saya nasihatkan anda letakkan 1 biji benih sahaja ke dalam 1 lubang. Supaya nanti tumbuhan anda tumbuh dengan sihat dan berkualiti (tidak terbantut/ pendek/kecil).

Bila dah masukkan biji benih tadi, anda tutup lubang tersebut dengan tanah/cocopeat. Jangan tekan sehingga tanah jadi padat, tutup seperti biasa sahaja. Kemudian siram kesemua biji benih tersebut.

Seterusnya, simpan bekas anda tanam biji benih tersebut di tempat yang redup dan tak terkena hujan. Supaya mengelakkan daripada terkena hujan yang sangat lebat. Nanti bila dah tumbuh lebih kurang 7-10 hari, anda boleh lah pindahkan anak pokok ke tempat yang lebih sesuai.

 

POKOK KACANG PANJANG


Jangan lupa, anda perlu siram setiap hari. Bila dah tumbuh dan ada 2 helai daun, boleh terus pindah tanam ke dalam pasu, batas atau polibeg yang lebih besar.

Jadi itu sahaja untuk harini, selamat bertanam!

That’s all for today, bye!!

 

Aina Amir

11:45 am | Tuesday 30/3/2021