Showing posts with label rendang itik negeri sembilan. Show all posts
Showing posts with label rendang itik negeri sembilan. Show all posts

Zaini Salai House, Negeri Sembilan

Assalamualaikum hai!

Harini saya nak share sikit tempat makan yang paling sedap dan popular di negeri sembelan iaitu negeri yang terkenal dengan kepedasan cili api.

Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan masakan masak lomak cilia pi. Ini lah makanan tradisional dan sering dimakan oleh masyarakat yang tinggal di negeri Sembilan. Kalau tak makan pedas, bukan orang negeri Sembilan lah tu. Makan podeh baru sodap haha!

Kalau anda pernah ke negeri Sembilan, memang selalunya akan ada gerai-gerai tepi jalan yang banyak menjual ikan salai, daging salai, itik salai dan ayam kampung salai. Selalunya banyak gerai di sekitar batu kikir tu.

Memang setiap kali saya pergi negeri Sembilan, wajib beli ikan salai ataupun daging salai. Selain itu, diorang pun ada jual lemang, rending maman dan sebagainya.

Kalau yang tak makan pedas, seeloknya sediakan lah air sebaldi. Kalau tak, ha menangis lah kau kat situ sebab kepedasan.

Zaini Salai House dah pun dikenali ramai dengan menghidangkan banyak masakan tradisional orang negeri Sembilan. Contohnya rendang itik (favorite saya), ikan salai masak lemak cili api dan lain-lain.

ZAINI SALAI HOUSE, NEGERI SEMBILAN


Setiap kali saya pergi, saya mesti akan makan rendang itik sebab sedap dan pedas. Itiknya disalai dan menjadikan dia bertambah sedap sebab ada aroma asap salai.

Tak silap saya, semua ikan, itik dan ayam salai memang disediakan sepenuhnya oleh Zaini Salai House. Kalau anda boleh tengok, ada rumah asap dimana itulah tempat untuk menyalai.


RENDANG ITIK


Dan setahu saya, mereka menggunakan kayu pokok manggis dan rambutan untuk menghidupkan bara api yang digunakan untuk menyalai itik, ikan dan ayam. Jadi, aroma tu lebih wangi dan sedap lah!

Best ke? Sedap ke?             

Baru-baru ni saya pergi ke sana. Disebabkan pkpp, jadi perlu ada sop. Contohnya, akan ada satu jalan sahaja. Jadi, dari pintu masuk tu anda terus diberikan nasi dan pilih lauk apa yang anda nak. Semua lauk dah siap dihidang dalam mangkuk. Jadi, anda perlu ambil sahaja. Cuma, kalau lauk sayur, anda boleh pilih dan ambil sendiri.


JEMPUT MAKAN!


IKAN SALAI MASAK LEMAK CILI API


Selain daripada makanan yang sedap, pekerja mereka juga sangatlah peramah dan baik. Rasa seronok je makan dekat sana. Rasa nak datang lagi!

Oh ya pemandangan pun cantik sebab menghadap bendang/sawah padi. Angin tiup pun kuat sebab terletak ditepi jalan. Takdelah bila makan tu berpeluh sampai boleh perah baju haha!

                                                    

Nama kedai: Zaini Salai House

Lokasi: Kampung Ulu Bendul, Negeri Sembilan

Rate: 8.5/10


JUMPA LAGI!


Jadi kepada anda yang nak datang, jangan risau sebab kedainya senang je nak cari. Boleh search di waze atau google maps, mesti jumpa! Kedai terletak betul-betul di tepi jalan dan ada banyak parking di bahagian belakang kedai.

Selamat mencuba semua! Confirm anda semua takkan menyesal dan akan rasa nak repeat makan lagi dekat sana (macam saya!).

Okaylah itu sahaja untuk harini. Hari dah pun malam. Oh ya, hari raya korban dah nak dekat tapi itulah kita tak boleh nak buat korban, kalau nak buat perlu ikut sop yang ditetapkan dan tak semua masjid dan surau yang boleh buat aktiviti korban.

Sedih juga, sebab tahun ni kita tak dapat menunaikan haji di makkah disebabkan pandemic covid-19. Semoga Allah angkat penyakit ni dari seluruh dunia aminn!

Dengan ini saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam. Kalau nak beraya, kena patuh dan praktikkan sop yang telah ditetapkan oleh kerajaan ye!

That’s all for today, bye!!

 

Aina Amir,

11:16 pm | Tuesday 28/7/200

Song: Ella – Standing in the Eyes of the World