![]() |
|
RESEPI PANCAKE |
Assalamualaikum hai!
Harini saya nak share kan resepi pancake atau orang melayu panggil lempeng… Sebenarnya ada banyak cara dan resepi nak buat pancake ni. Cuma saya selalu menggunakan cara dan resepi yang ni sebab senang dan senang nak dapatkan bahan yang ada di rumah je.
Kadang ada resepi yang perlu gunakan hand mixer. Saya takde masa lah pula nak keluarkan hand mixer pagi-pagi untuk buat sarapan haha!
Pancake ni sesuai dimakan untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Budak-budak mesti suka sebab manis dan gebu. Anda boleh letak pelbagai jenis topping.
Kalau ada pisang, boleh letakkan pisang sebagai topping kemudian taburkan gula icing. Memang nampak mahal macam kita makan di cafe hipster dan bolehlah ambil gambar dan masukkan di ig story.
Okay jom kita start!
Resepi Pancake
Bahan-bahan:
1. 1 Biji telur
2. 2 Sudu besar minyak masak
3. 2 Sudu besar gula
4. 1 Sudu kecil baking powder
5. 1 Cawan tepung gandum
Secubit garamCara-cara:
1. Pertama sekali anda campurkan semua bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder, gula dan garam. Kacau sebati.
2. Kemudian, masukkan minyak masak dan pukulkan sebiji telur. Dan kacaulah adunan sehingga sebati dan pastikan ianya tidak berketul.
3. Sapukan butter pada pan/kuali anda kemudian letakkan 1 senduk adunan tersebut. Gunakan api yang kecil sahaja ya!
4. Bila pancake anda dah mula ada bubble/buih kecil, dan anda boleh terbalikkan pancake tersebut.
5. Bila pancake dah sedikit coklat, anda dah boleh angkat.
Dah siap!Optional: Anda boleh letakkan topping yang anda suka contohnya coklat, gula icing, ais krim vanilla, pisang, blueberry, strawberry dan sebagainya. Ikut selera masing-masing!
Selamat mencuba!
Itu sahaja resepi untuk harini. Tersangatlah mudah dan cepat. Boleh jadikan aktiviti dengan anak-anak pada waktu pkp 2.0 ni. Ye lah kan lepas dah stress dan sakit kepala jadi cikgu di rumah, bolehlah ajak anak-anak anda main masak-masak pula hahaha.
Jaga diri dan jaga jarak! Selamat berpkp 2.0 dan jangan lupa jaga sop dan sentiasa pakai pelitup muka bila keluar ye. Tapi, kalau dalam bilik tidur tak perlu lah pakai kak hasnah oi! Selamat malam!
That’s all for today, bye!!
Aina Amir
11:13 pm | Wednesday 27/1/2021



