Showing posts with label tempat makan best di temerloh. Show all posts
Showing posts with label tempat makan best di temerloh. Show all posts

Restoren Patin Sedap di Temerloh (Part 2)

Teratak Patin Bangau, Temerloh

Assalamualaikum hai!

Harini saya nak sambung lagi tentang trip saya ke Temerloh haritu. Sebelum ni saya dah share kan dessert yang sedap di temerloh (klik sini), jadi harini saya nak share pula tentang restoren ikan patin masak tempoyak yang sedap di temerloh. Saya boleh katakan antara yang tersedap lah di Temerloh dan menjadi kesukaan ramai.

Trip saya ke Temerloh tak lama pun, cuma 2 hari 1 malam sahaja. Bila sampai je ke negeri Pahang, perut dah lapar, apa lagi memang wajib cari ikan patin. Jadi trip saya dimulakan dengan singgahsana ke Teratak Patin Bangau, Temerloh. Restoren ni terletak di dalam kawasan perkampungan. Anda cuma perlu google map atau waze sahaja nama restoren ni. Confirm anda akan jumpa!

TERATAK PATIN BANGAU

TERATAK PATIN BANGAU

SUMBER: GOOGLE

SUMBER: GOOGLE

Saya sampai sana dalam pukul 2, jadi orang agak ramai di dalam kedai. Saya ingatkan takde tempat duduk. Risau juga hahaha! Nasib baik ada tempat duduk di dalam.

Cun! Waktu saya sampai tu pakcik tu tengah masak ikan patin tempoyak jadi saya kena tunggu sekejap lah dalam 10 minit macam tu. Bila dia siap masak je, semua orang datang dekat dia dan hulurkan mangkuk.

Saya ambil 3 mangkuk ikan patin, bahagian kepala, badan dan ekor. Oh saya lupa lah pula harga. Tapi yang saya tahu, pekerja tu cakap harga untuk setiap bahagian ikan, semua sama. Maksudnya, kalau anda ambil bahagian kepala ke badan ke ekor ke, semua harganya sama.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK


 

JEMPUT MAKAN!

JEMPUT MAKAN!


Sedap ke?

Sedap!

Sekali hirup je memang sedap! Kuah tak terlalu pekat dan tak terlalu cair, masam dan manis dan ada sedikit pedas.

Apa yang saya boleh cakap, rasa ikan patin tempoyak bangau ni memang lengkap dan sempurna. Semua rasa ada dalam satu masakan.

Tapi kalau anda macam, mungkin anda akan sukakan patin masak tempoyak bangau ni. Sebab ada juga sesetengah orang lagi suka kalau patin masak tempoyak tu lebih manis dan masam.

Kalau saya, saya lagi sukakan patin masak tempoyak ada semua rasa iaitu pedas, masam manis. Dan apa yang saya suka ialah kuahnya yang tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair. Orang Pahang kata ‘just nice’.

 

Nama Restoren: Teratak Patin Bangau

Lokasi: Jalan Kampung Baru, Kampung Bangau, 28000 Temerloh, Pahang

Rate: 8.5/10

 

Apa-apa pun ni pendapat saya dan personally saya memang sukakan ikan patin masak tempoyak di Teratak Patin Bangau ni.

Kalau anda tanya saya, saya nak datang lagi ke?

Definitely yes! Saya akan datang lagi dan tambah 5 kali! Hahahaha dan tapau 3 ekor ikan patin tempoyak!


ALHAMDULILLAH KENYANG!

ALHAMDULILLAH KENYANG!

DAH HABIS LICIN

TERATAK PATIN BANGAU


Sangat sangat recommended kalau anda nak datang dan cuba sendiri makan dekat Teratak Patin Bangau ni. Tempatnya selesa, aman dan berangin je. Yelah sebab dalam kawasan kampung kan.

Kalau anda semua dah makan dan cuba, nanti komenlah dekat bawah :D

Okaylah itu sahaja yang saya nak share harini, lain kali saya akan share kan lagi 2 restoren yang popular dengan ikan patin di Temerloh (cuba teka). So anda semua kena stay tune!

 

That’s all for today, bye!!

Aina Amir

10:21 am | Wednesday 7/10/2020