Showing posts with label tempat menarik di genting highland. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik di genting highland. Show all posts

Tempat Menarik di Genting Highland

Assalamualaikum hai!

Harini saya nak share tentang tempat yang menarik dan best di Genting Highland. Seronok juga kalau anda datang dengan keluarga dan anak-anak. Selain daripada anda pergi petik strawberi, anda juga boleh petik tomato tau!

TOMATO


Haritu saya ke Genting Highland selepas balik dari Temerloh, Pahang. Singgah sekejap ke Genting Highland sebab nak tengok orkid dan strawberi.

Ladang Tomato, HijauOne

 

PETIK TOMATO

LADANG TOMATO, HIJAU ONE


Tiba-tiba ada orang yang sapa dan tegur saya. Dia bagi flyers dan bagitau saya yang ada ladang tomato di bawah, baru je buka.

Jadi saya turun ke bawah. Rupa-rupanya besar gila ladang tomato dia!! Waktu saya ke sana, semua pekerja di ladang tu, layan dengan baik dan sangat friendly. Apa yang saya tanya semua dijawab dengan panjang berjela. Jadi banyaklah ilmu yang saya tahu tentang pokok tomato.

 

TOMATO FERTIGASI

LADANG TOMATO, GENTING HIGHLAND

Mereka bagi 1 bakul dan gunting untuk petik tomato. Macam biasa, anda cuma perlu pilih dan petik sahaja. Tapi jangan buat-buat lupa bayar pula haha!

Saya suka petik tomato yang kecil-kecil, sedap buat ulam dan comel je.

So far so good lah. Satu benda baru yang saya belajar tentang tomato dan cara-cara penjagaan pokok tomato memandangkan saya juga ada tanam tomato (Alhamdulillah dah berbuah).

Daripada anda asyik petik strawberi, apa kata anda cuba pergi ke sana dan rasa sendiri pengalaman memetik tomato. Tak silap saya dekat sana ada juga ladang timun, tapi belum dibuka untuk orang ramai masuk.

 

DAPAT FREE TIMUN JEPUN


Satu benda yang saya suka tentang ladang tomato ni ialah customer service lah. Sangat sangat baik dan peramah! Anda tanya lah apa pun tentang tanaman, mereka mesti jawab dan terangkan. Rasa macam dalam kursus pertanian pula.

Recommended ke?

Kesimpulannya, saya rekomen anda untuk ke sana dan rasai pengalaman petik tomato. Selain itu, boleh tambahkan ilmu tentang pokok tomato dan cara penjagaannya. Lagi-lagi orang suka bercucuk tanam macam saya. Memang seronok lah kalau kesana sebab kita dapat ilmu baru.

 

HASIL PETIK TOMATO


Jadi itu sahaja yang saya nak share harini. Memandangkan harini dah mula pkpb untuk negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur, okay tak tu? Haha! Apa-apa pun, marilah kita ikut arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM.

Lagi cepat habis covid, lagi cepat saya boleh balik universiti *rindu*

That’s all for today, bye!!

Aina Amir

10:01 pm | Wednesday 14/10/2020