Pekan Rabu Alor Setar, Kedah best ke?


Hey Assalamualaikum.
Entry kali ni aku nak cerita tentang Pekan Rabu terletak di Alor Setar, Kedah. 

Sebaiknya korang datang sebelum pukul 12 tengahari. Sebab, katanya kalau korang datang tengahari akan ramai orang. Ini apa yang dikatakan orang dekat situ. Waktu aku datang dalam pukul 10 pagi, dan tak ramai sangat orang. Senang aku nak pilih barang. 

Pekan Rabu






Kan haritu aku pergi Kedah so sempat lah jalan-jalan dekat area Alor Setar. Seingat aku, aku pergi Pekan Rabu waktu form berapa entah tak ingat. Tapi, waktu tu best lagi lah. Sebab dia betul-betul feel macam pergi pasar. Main lambak camtu je. Alah lebih kurang macam Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan.





Dulu, bahagian bawah ada makanan, jual buah, pelam dan sebagainya. Ada pekasam, ikan masin, ikan bilin dan lain-lain. Tapi sekarang dah tak sama dah. Memang dah lain sangat. Totally changed. Mungkin diorang nak Nampak kemas dan bersih. 

Yelah mana taknya, bila makanan diletakkan dekat bahagian bawah, akan ada lah haiwan tak diundang yang datang contohnya tikus, langau, lalat, kucing?...

Bahagian bawah ada kedai pakaian, tudung, kedai makan, minyak, kelengkapan haji dan umrah, bakul, rotan, kraftangan, dan kedai buku. Macam-macam ada, korang pilih je nak apa. Baju kurung, kurta, kopiah, al-quran, tudung saji, bakul baju, tudung bawal semua ada lah. Pergi je. Harga sangat berpatutan dan takdelah cekik darah. 

Macam-macam minyak; minyak gamat, afiat, urut dll


Tingkat 2 dan 3 semuanya makanan kering dan basah. 

Makanan basah: pekasam, ikan masin, ikan jeruk, ni je lah kan yang basah?



Ikan besar tu kalau nak beli separuh pon boleh


Makanan kering: Kicap Mudim, Kopi Gantang, Serbuk kari, ikan bilis, ikan kering, serunding, kuih-kuih tradisional, kerepek, bahulu, keropok dan lain-lain.

Pes tomyam, pes stim limau, kari, kicap, sos, keropok, belacan, gula kabung dll.


Ada macam-macam pilihan

Serunding ikan, daging, ayam



Yang pelik dan musykilnya, alaupun dia longgokkan ikan pekasam dengan ikan masin ni, aku tak Nampak seekor lalat pun! Serious. Pelik jugak selalunya mesti ada je lalat ke langau ke ini memang takde langsung. Agaknya tinggi sangat kot penat nak terbang sampai tingkat 2.

Kalau dah datang ke Kedah, korang wajib beli pekasam, ikan bilis, Kicap mudim, Kopi gantang, serunding, Serbuk kari dan kuih puteri apa ntah ni. Apa nama ni ceq taktau nak habaq. Tapi rasa dia sama macam sagu gulung yang selalu kita makan waktu kecik pastu suka sembur kat orang. Hahahahaha bukan aku ye….


Kopi cap gantang


Kuih puteri ____ (aku tak ingat nama penuh)


Ikan bilis


Ikan lampan, puyu, sepat ronggeng, gelama...


Ikan sepat ronggeng


Ikan sepat ronggeng (dah buang kepala)


Pekasam daging


Aku rasa ni limau purut

Aku ada beli pekasam ikan lampam rasanya, memang sedap. Aku suka makan dengan nasi panas-panas. Uish padu teruk! Memang nasi aku bertambah lah. Dia punya sedap memang tak boleh bawak bincang. Makan sikit dengan ikan masin uuuuuu padu weh! 


Ikan pekasam lampam dll


Oh lupa nak bagitahu, ada lif disediakan dan parking bawah tanah, memang mudah dan senang. Parking pon banyak. So, ayah, abang, pakcik tak perlu risau pasal parking. Ha parking je bawah tu, ha lepaskan anak bini biar diorang shopping pastu tidur lah dalam kereta dengan aman. 

Kad parking


Lagi satu, kalau korang waze atau google maps ‘Pekan Rabu’ dia akan bawa korang ke Ukir Mall which salah jalan. So, takpayah pening kepala tanya je orang tepi jalan, akak petrol, abang tol. Sekejap je dah sampai. Sangat memudahkan.

Okay! Itu sahaja nak cerita hari ni. Semoga bermanfaat untuk semua. Kalau ada apa-apa komen je dekat bawah.

Byeeee and have a good day! Assalamualaikum.

Sabtu | 13 Julai 2019 | 10:09 pm

TEMPAT MAKAN BEST DI IPOH, PERAK (WAJIB CUBA!)

Post kali ini, aku nak cerita pasal tempat makan yang paling best dan terbaik di Ipoh. Aku jamin, confirm sedap! Sebab aku dah try dan memang betul-betul terbaik!

Kalau tak sedap, ni KERAT jari aku ni. (eh takut pulak)

Aku serious, sekali korang makan, memang jatuh cinta. Sampai termimpi-mimpi, teringat-ingat. Dia punya kesedapan, kelazatan, servis, tempat selesa. Senang cerita aku bagi 9/10 bintang! Memang padu!

"cepatlah cakap! apa nama kedai tu?!!"
Okay okay, sabar jap

RESTORAN SIMPANG TIGA MEDAN, IPOH, PERAK

sumber: Google

Restoran ini terletak di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, Ipoh. Senang sangat nak cari. Korang just cari guna google maps ataupun waze, type nama kedai, dah boleh sampai.

Aku tak pasti dia buka pukul berapa, tapi restoran ni tutup pukul 6 petang. Makanan semua berasaskan nasi padang Indonesia. Kalau korang sukakan rasa makanan Indonesia, bolehlah datang ke sini. Rasa tak terlalu berbeza sangat dengan makanan Malaysia. Jadi, boleh di makan oleh semua lapisan masyarakat.

Kalau korang tak suka makan ayam kampung, jangan risau, mereka ada jual ayam biasa jugak. Lagi satu, restoran ini menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk tau! Pening kepala nak pilih hahahahha. Disebabkan aku pening kepala nak pengsan pilih lauk apa nak makan, jadi aku pilih banyak. Hahahahaha.

Dekat sini, korang masuk, dan terus pilih lauk. Korang perlu pilih lauk, dan nanti diorang akan hidangkan dalam pinggan kecil-kecil. So, maksudnya bukan makan pilih pastu letak lauk atas nasi. No no no! 

Pekerja tersangatlah ramai dan friendly. Jadi, korang jangan risau, makanan lambat sampai lah apa lah. Korang pilih lauk, pastu pergi duduk diam-diam dekat meja sana. Nanti diorang akan hantar. 



Ini lauk pauk yang aku order. Banyak kan! Lagipun aku pergi waktu tu dah pukul 3:30 petang. So, makanan banyak yang dah habis. So, kalau korang taknak kehabisan lauk, bolehlah datang awal dalam tengahari macamtu.

Okay jap aku zoom in apa yang aku makan.

Ayam bumbu
1. Ayam Bumbu

Okay ni nama dia, Ayam Bumbu. aku suka ayam dia, memang terasa rempah dia. Rasa dia lebih kurang macam ayam berempah. Tapi aku rasa ni ayam biasa, bukn ayam kampung. Ni memang terbaik!

Gulai Tunjang
2. Gulai Tunjang

Ni pulak gulai tunjang. Memang lembut sangat. Senang je nak gigit dan kunyah. Selalu kalau kita beli dekat restoran lain, dia akan masak panjang-panjang. Tapi yang ni,diorang potong kecil-kecil jadi senanglah kita nak makan. Tak pedas sangat dan cukup rasa! Korang patut cuba tau.

Sambal Hijau
3. Sambal Hijau

Nasi Padang takde sambal hijau tak lengkaplah bro sis sekalian. Nasi padang WAJIB ada sambal! Makanan Indonesia memang wajib ada sambal, kalau takde memang hidup rasa tak bermaya je. hhahaha. Sepatutnya ada sambal merah, tapi dah habis. Jadi aku order sambal hijau. Rasa dia taklah pedas gila macam Ramen or Samyang tu. Bagi aku tak pedas sangat sampai berpeluh. Pedas dia boleh handle lagi lah. Ini wajib!


4. (aku taktau nama)

Hahaha sorry, aku taktau nama ni apa. Tapi memang ngam lah. Dah makan gulai campur sambal sikit pastu makan ikan ni, rangup pulak tu. Memang padu! Tak tipu.

Kacang buncis

5. Kacang buncis

Ni kacang buncis sama macam kita selalu makan tu. Penyedap lah, takkan makan semua tu takde sayur. Ada sayur, baru balance.

Gulai Ayam Kampung

6. Gulai Ayam Kampung

Yang ni baru betul ayam kampung. Gulai dia memang sedap dan cukup rasa. Aku suka kuah dia. Aku memang suka makan ayam kampung. Tapi lagi suka kalau Ayam Kampung tu digoreng. Macam Ayam pop.

Yang belah belakang tu Ayam Bakar. Aku bukan ak cakap apa, tapi yang tu SANGAT SANGAT SANGAT sedap! Uih rasa dia juicy, lembut je bila gigit, tak liat. Pastu pulak dia tak kedekut sos. Rasa manis-manis sikit. Memang sedap. Bila dapat gigit bahagian kulit tu yang padu beb! Memang sedap. Aku rasa sos dia tu memang lain daripada yang lain.

Sayangnya aku tak ambil ikan bakar, mesti sedap.


Jus Avocado

7. Jus Avocado

Jus Avocado tapi kadang-kadang orang panggil Jus Al-Pukat. Taktau lah kenapa. Tapi sedap, memang rasa avocado. Tak kedekut! Tak terlalu manis which is aku suka. Memang pior punya avocado dia bagi. Pastu dia letak coklat sikit.


 Dah habis! Habis licin pinggan tu. Takde yang tertinggal.

Lagi satu nak cakap, sambal kicap dia memang power. Sedap, aku cicah dengan ayam bakar. Aku taktau tu cicah untuk apa.

Overall, Restoran Simpang Tiga Medan, Ipoh memang terbaik dan sangat sedap.

Korang jangan lupa datang dan cuba menu-menu dia tau! Kalau dah try ha comment dekat bawah.

Okaylah tu je nak cerita untuk hari ni. Bye

Rabu | 10 Julai 2019 | 11:59 am




Cucur Jagung Paling Sedap!!!

Assalamualaikum wazzup geng!

Ha apa khabar? Dah makan ke belum? Dah mandi ke? Kalau belum mandi, takpayah nak mandi sekarang pulak, baca dulu entry aku ni hahahaha.

Mulai dari harini aku nak keluarkan satu hashtag bernama #misimencaricucurjagung HAHAHAHAHAH. Rasa cam lawak pulak.



Sebenarnya aku dari 2 minggu lepas menggila makan cucur jagung. Setiap kali pergi gerai, aku akan cari cucur jagung. Uish memang padu. Cucur jagung ni kalau nak sedap, dia kena panas-panas, rangup, dapat pulak cicah dengan sos homemade, pastu dapat teh o panas. Uish memang terangkat beb! Padu!

Aku dah berapa kali dah beli cucur jagung dekat makcik ni, tapi kali ni aku nak tunjuk and share dengan korang. Kedai dia kat sini.

belakang kereta Saga tu
Aduh tak nampak pulak gerainya. Kereta Saga tu halang. Time aku ambil gambar ni, ada kereta Myvi tu lalu. Mama be like: "Aina! Kenapa pandai sangat ambil gambar tengah jalan?!"

Semua sebab korang tau, aku nak ambil gambar nak tunjuk kat korang hahahahah jkjkjk jangan marah aaa

Kuih-muih

Pelbagai kuih-muih lain tapi hanya cucur jagung menjadi pojaan hatiku hohohoho *sambil hidung terkembang-kembang.

Sebenarnya gerai ni, orang ramai gila datang sampai beratur tai bukan sebab cucur jagung, tapi sebab pisang goreng cheese diorang. Memang tak dinafikan, sedap gila nak mati. Cheese tak kedekut, susu tak kedekut, chocolate pon dia curah je banyak-banyak. Memang puas hati.

Itulah hari-hari penuh je gerai makcik ni. Aku pon pelik diorang ni biar betul hari-hari makan pisang. Ish makan lah nasi ayam penyet ke, nasi hujan panas ke, aku nak beli cucur jagung pon ramai.

Apa yang best pasal cucur jagung makcik ni?
Uish bro sis, kalau aku cerita ni memang takkan habis sampai esok. Dia punya sedap tu uihhhh susah den nak kato. (eh terkeluar bahasa nogori)

RM2 untuk aku seorang je!

Rangup! Panas! Sos homemade, cukup rasa, jagung banyak, manis-manis gitu. Pastu tergigit pulak daun bawang uihhhh lagi padu beb!

Tapi satu je lah aku tak suka cucur ni, bila dia sejuk. Hmm susah nak cakap. Dia punya keras, boleh tercabut gigi aku sekali dengan gusi. Dia dah tak rangup. So, korang kalau beli, terus makan on the spot! Takpayah nak tunggu balik rumah baru nak makan. Memang dah tak nikmat.
Comel je cucur jagung ni

Panas! Panas!
Tapi aku ada lagi satu port baek punyaaa. Dia punya cucur jagung sedap jugak. Paling best, cucur jagung tu kalau dah sejuk, dia tetap rangup. Pehhhh! Memang nikmat. Nanti aku tunjuk dekat korang.

Okaylah tu je aku nak cerita harini. Terima kasih semua!!! Korang memang the best lah! Nanti lain kali aku cerita lagi. Byeeeeee👋😁😁💕💕💖💗💘💝

Selasa | 2 Julai 2019 | 9:28 pm