Antara makanan yang paling simple dan sedap ialah ‘Ayam
Goreng Kunyit’. Sangat mudah disediakan dan senang sangat nak makan. Anda tak
perlu risau tercekik tulang ke sebab boleh makan sambil tutup mata je.
![]() |
OPEN YOUR
MOUTH!
|
Sesuai untuk mereka yang tak sempat nak makan
tengahari, ataupun mereka yang pening dan tak tahu nak makan apa. Jadi, ini
adalah makanan yang paling sesuai untuk anda.
Kebiasaannya dihidangkan dengan Nasi putih panas,
Sambal belacan, Kicap dan Telur mata kerbau. Bahan-bahan yang diperlukan adalah
sangat senang didapati dalam peti sejuk di rumah anda. Jadi tak perlu risau.
![]() |
LOOK AT THAT
OIL!
|
Menu ini sangat sesuai untuk para bujang dan dara yang
belum mahir lagi nak masak. Anda boleh cuba resipi ini. Lagipun, saya jamin
confirm sedap.
Resipi Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 Bawang Merah
- 2 Bawang putih
- 3-5 Cili Api
- Carrot
- Ayam (potong dadu)
- Gula/Garam
- Kunyit
Cara-cara:
- Gaulkan ayam bersama kunyit. Gaul sehingga sebati.
- Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan ayam tersebut.
- Bila ayam hamper masak, masukkan bawang merah, bawang putih, carrot, cilia api, gula dan garam.
- Tunggu seketika hingga ayam masak. Dan dah boleh angkat. Siap!
![]() |
CLOSE
UP
|
Extra sedap!
Sila ikut saranan dan cadangan saya! Haha
Saya cadangkan supaya anda goreng telur mata kerbau, sedikit cair di
bahagian kuning telur, lepas tu nasi wajiblah panas. Kemudian letak sikit kicap
manis dan kalau nak pedas boleh tambah sambal belacan.
![]() |
TELUR
FAIL…
|
Kesedapannya memang tak boleh saya jelaskan selagi anda tak rasa
sendiri.
The best part is bila minyak yang dah diperasakan dengan rasa ayam dan
kunyit fuhhh!
Memang terasa nikmat dan sedap. Tambahan pula, anda pecahkan telur
kuning dan makan pula dengan ayam goreng kunyit. Memang tak boleh dinafikan
kesedapannya!
Saya lebih sukakan tekstur ayam yang lebih rangup di bahagian luar dan
lembut di dalam. Paling saya suka bila dapat makan sekali dengan bawang merah
yang dah bercampur dengan minyak ayam tadi.
Kalau anda ada dan sukakan sayur kacang panjang, anda boleh letakkan
sekali. Boleh juga gunakan bawang Holland.
Anda juga boleh gunakan daging, sotong dan udang. Kalau anda gunakan
daging, jangan lupa untuk potong secara nipis supaya cepat masak. Dan jika anda
ingin masukkan seafood seperti sotong dan udang, jangan masak terlalu lama
kerana nanti akan jadi terlalu keras.
Overall, ini adalah resipi yang sangat simple dan cepat. Sedap sampai
menjilat pinggan! Saya tak kisah kalau kena makan Ayam Goreng Kunyit. Lagi saya
suka!
Aina Amir Khan.
![]() |
MOUTH-WATERING
|








No comments:
Post a Comment