Showing posts with label menu ayam kunyit. Show all posts
Showing posts with label menu ayam kunyit. Show all posts

Ayam Goreng Kunyit


Antara makanan yang paling simple dan sedap ialah ‘Ayam Goreng Kunyit’. Sangat mudah disediakan dan senang sangat nak makan. Anda tak perlu risau tercekik tulang ke sebab boleh makan sambil tutup mata je.

OPEN YOUR MOUTH!


Sesuai untuk mereka yang tak sempat nak makan tengahari, ataupun mereka yang pening dan tak tahu nak makan apa. Jadi, ini adalah makanan yang paling sesuai untuk anda.

Kebiasaannya dihidangkan dengan Nasi putih panas, Sambal belacan, Kicap dan Telur mata kerbau. Bahan-bahan yang diperlukan adalah sangat senang didapati dalam peti sejuk di rumah anda. Jadi tak perlu risau.

LOOK AT THAT OIL!




Menu ini sangat sesuai untuk para bujang dan dara yang belum mahir lagi nak masak. Anda boleh cuba resipi ini. Lagipun, saya jamin confirm sedap.

Resipi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 Bawang Merah
  • 2 Bawang putih
  • 3-5 Cili Api
  • Carrot
  • Ayam (potong dadu)
  • Gula/Garam
  • Kunyit

Cara-cara:
  • Gaulkan ayam bersama kunyit. Gaul sehingga sebati.
  • Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan ayam tersebut.
  • Bila ayam hamper masak, masukkan bawang merah, bawang putih, carrot, cilia api, gula dan garam.
  • Tunggu seketika hingga ayam masak. Dan dah boleh angkat. Siap!

CLOSE UP



Extra sedap!

Sila ikut saranan dan cadangan saya! Haha

Saya cadangkan supaya anda goreng telur mata kerbau, sedikit cair di bahagian kuning telur, lepas tu nasi wajiblah panas. Kemudian letak sikit kicap manis dan kalau nak pedas boleh tambah sambal belacan.

TELUR FAIL






Kesedapannya memang tak boleh saya jelaskan selagi anda tak rasa sendiri.

The best part is bila minyak yang dah diperasakan dengan rasa ayam dan kunyit fuhhh!

Memang terasa nikmat dan sedap. Tambahan pula, anda pecahkan telur kuning dan makan pula dengan ayam goreng kunyit. Memang tak boleh dinafikan kesedapannya!

Saya lebih sukakan tekstur ayam yang lebih rangup di bahagian luar dan lembut di dalam. Paling saya suka bila dapat makan sekali dengan bawang merah yang dah bercampur dengan minyak ayam tadi.




Kalau anda ada dan sukakan sayur kacang panjang, anda boleh letakkan sekali. Boleh juga gunakan bawang Holland.

Anda juga boleh gunakan daging, sotong dan udang. Kalau anda gunakan daging, jangan lupa untuk potong secara nipis supaya cepat masak. Dan jika anda ingin masukkan seafood seperti sotong dan udang, jangan masak terlalu lama kerana nanti akan jadi terlalu keras.

Overall, ini adalah resipi yang sangat simple dan cepat. Sedap sampai menjilat pinggan! Saya tak kisah kalau kena makan Ayam Goreng Kunyit. Lagi saya suka!

Aina Amir Khan.


MOUTH-WATERING