Kangkung Hidroponik

Assalamualaikum hai!

Harini aku nak share dengan korang semua pasal kangkung hidroponik. Alhamdulillah ni kali kedua kami tuai atau makan kangkung yang ditanam sendiri guna hidroponik.

Sekejap je tumbuh tak sampai seminggu untuk tuaian kedua.

Majoriti orang Malaysia ni suka makan kangkung sebab rasa dia yang tak pahit dan lembut je. Lagi-lagi kalau makan kangkung belacan macam yang selalu dekat kedai tu.

KANGKUNG HIDROPONIK

Ada Perbezaan ke?

Rupa-rupanya ada perbezaan antara kangkung yang ditanam guna tanah dengan yang ditanam secara hidroponik.

Perbezaan yang paling ketara ialah kangkung tu tak kotor dan takde tanah atau pasir. Jadi tak perlu lah nak basuh beria sangat. Sebab selalunya kalau aku makan yang kangkung biasa mesti ada tergigit serpihan pasir sikit. Memang hilang terus selera makan haha!

Kalau kangkung hidroponik ni bersih je, nak makan pun takde lah geli. Sebab selalunya kalau kita beli dekat pasar kadang-kadang tu penuh pasir/tanah dekat batang kangkung (mungkin pasar dekat tempat aku je kot) haha.

Kangkung hidroponik lebih bersih, segar dan lembut.

Try lah tanam sendiri dekat rumah. Kangkung adalah sayur yang paling senang nak tumbuh. Sekali kita tanam dia akan tumbuh lagi banyak lepas tuaian pertama dan lebih cepat membesar. Dah boleh jimat lah dekat sini.

 

SAYUR KANGKUNG


Inilah hasil kangkung yang kami tuai. Ada banyak lagi yang tak ambil sebab masih kecil lagi.

Kangkung yang aku pegang ni separuhnya tanam guna tanah, lagi separuh tu tanam secara hidroponik.

Yang aku perasan kan, bila tanam secara hidroponik, sayur akan cepat besar tak sampai sebulan berbanding kangkung yang aku tanam dekat tanah.

Kalau tanam dekat tanah hari-hari lah kena siram, tak boleh tinggal.

Tapi kalau tanam secara hidroponik tak perlu siram. Hanya jaga bacaan baja AB je. Lepas seminggu tukar. Jadi senang lah kerja tak perlu nak check setiap hari. Tau-tau nanti sekejap je dah besar.

Dari Kebun ke Kuali

Selalunya bila aku nak masak baru petik sayur. Taknak petik sekali semua sebab nanti sayur layu dan tak segar kalau masuk dalam peti sejuk. Lagipun nanti banyak sangat benda dalam peti sejuk tu. Semak hahah!

Kali ni aku masak kangkung belacan. Sedap dan padu weh! Lagi-lagi makan dengan nasi panas + telur dadar.

Kangkung Belacan

KANGKUNG BELACAN


Bahan-bahan:

Bawang merah

Bawang putih

Belacan

Ikan bilis

Cili merah

Kangkung

Garam

 

Cara-cara:

1)    Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis.

2)    Masukkan belacan dan sedikit air.

3)    Masukkan kangkung. Bila kangkung dah layu, angkat.

4)    Siap!

Itu je lah cara-cara nak masak kangkung belacan. Senang, kan? Kalau nak sedap lagi jangan lupa goreng telur dadar gebu macam dekat kedai tomyam. Sedapnyaaaa

Okaylah tu sahaja untuk harini! Lain kali aku share dan update lagi.

That’s all for today, bye!!

Aina Amir

2:58 pm | Saturday 11/7/2020

Song: Misha Omar – Bunga-bunga cinta




No comments:

Post a Comment