Showing posts with label tanam sawi. Show all posts
Showing posts with label tanam sawi. Show all posts

Dari Kebun ke Kuali

Assalamualaikum hai!

Dah lama juga tak update blog sebab sibuk sangat dengan mid test, quiz dan final exam. Alhamdulillah sekarang dah habis final exam dah boleh hidup dengan tenang.

Jadi, harini sebenarnya aku nak share pasal tanaman aku. Aku tanam guna sistem hidroponik sejak pkp3 (lepas raya). Kiranya sekarang dah lebih kurang sebulan lah jadi dah banyak sayur aku yang dah besar dan boleh makan. Alhamdulillah. Happy gila dan excited sebab tanam sendiri lepastu petik, masak dan makan. Sedap dan segar!

Tapi harini aku nak share sayur yang mama tanam guna tanah dalam polybag dan sawi tanam guna vertikal fertigasi. Jadi lihatlah kesegarannya..!

Kangkung Hidroponik- (click)

Cara Tanam Sayur Hidroponik (Semai biji benih Hidroponik) - (click) 

7 Jenis Sayur yang Mudah ditanam! - (click)

 

Mempersembahkan!!


SAWI BUNGA


Segar kan!!! Tersangatlah cantik dan sihat. Memang rangup sangat.

Jadi setiap kali aku nak masak atau mama masak memang kami akan petik je. Kitorang tak petik sekali semua sebab takut nanti tak fresh kalau simpan dalam peti sejuk.

Yang ni sawi bunga jadi dia tak rasa pahit sangat. Aku pun tak suka sangat makan sawi yang besar dan pahit tu. Yang biasa kita beli dekat supermarket.

Nak masak mee goreng? Petik je

Nak masak char kuey tiaw? Petik je

Nak masak maggi pecah telur? Petik je

Sedap tu maggi kari pecah telur lepas tu masukkan sawi yang segar ni. Dah layu sikit teus padam api. Uishhh tak boleh bawa bincang. Meleleh air liur. Hahaha!

SAWI BUNGA



SEGAR!


Lumayan dan berbaloi sebenarnya kalau kita tanam sayur dekat rumah. Yelah biji benih tak sampai 5 ringgit. Yang harga RM2 pun ada. Lepas tu dalam peket tu ada banyak biji benih. Jadi boleh dapat lebih 20 pokok. Berbaloi kan!

Jadi aku nak ajak korang semua jom lah kita menanam sayur dekat rumah. Senang dan jimat! Dijamin kesegaranya!

Puas hati kalau tanam sendiri. Seronok boleh jadikan hobi dan hilangkan stress.

Dari kebun ke kuali

Jadi lepas dah petik tu akan terus masuk kuali. Tak simpan dalam peti sejuk pun. Jimat ruang haha!

Kali ni mama masak sayur sawi dengan tofu jepun. Sedap!


Nampak sedap tak? Jadi anda semua boleh cuba dekat rumah. Senang je dan sesuai untuk makan malam.

Bahan-bahan:

Bawang merah

Bawang putih

Cili Merah

Tomato

Sawi Bunga

Udang

Tofu Jepun

Sos tiram

 

Cara-caranya:

1)  Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili merah. Masukkan 1 sudu sos tiram.

2)    Masukkan udang. Bila udang dah bertukar jadi merah. Kemudian masukkan tofu jepun.

3)    Masukkan air sedikit.

4)    Masukkan sayur sawi dan tomato.

5)    Garam

6)    Siap!

Okay dah siaplah masakan kita.

Dah boleh hidang dan makan!

Okay itu sahaja untuk harini! Lain kali aku nak share tanaman hidroponik aku. Kalau ada yang berminat, aku boleh ajarkan caranya! Stay tune.

That’s all for today, bye!!

Kangkung Hidroponik- (click)

Cara Tanam Sayur Hidroponik (Semai biji benih Hidroponik) - (click)

7 Jenis Sayur yang Mudah ditanam! - (click) 


Aina Amir

10:31 am | Wednesday 8/7/2020

Song: Dato Siti Nurhaliza - Terang