7 Jenis Sayur yang Mudah Ditanam!

 

Assalamualaikum hai!

Harini saya nak share jenis-jenis sayur yang mudah dan senang di tanam di rumah. Anda boleh tanam sama ada menggunakan tanah ataupun secara hidroponik.

Seronok bila ada kebun mini dekat rumah dan boleh petik je sayur bila-bila masa. Kalau anda ada kekangan masa nak jaga atau siram pokok, anda boleh tanam secara hidroponik. Tak perlu beli set hidroponik yang mahal pun, cuma perlu faham konsep hidroponik lepas tu kita boleh diy sendiri bekas hidroponik kita sendiri :)

Sayur-sayur yang saya sharekan harini semuanya senang, mudah dan selalu kita gunakan dalam masakan harian. So, lepas ni kita dah tak perlu lah beli sayur di pasar, lagi best! Bertambah puas hati bila kita tanam sendiri.

Ok jom kita start!

Apakah Jenis Tanaman yang Mudah Ditanam di Rumah?

1)    Kangkung

Sayur kangkung adalah sayur yang paling senang nak hidup. Campaklah dekat mana-mana, mesti hidup haha! Bagi saya kangkung sangat mudah hidup dan menjadi.

Anda Cuma perlu taburkan biji benih pada tanah, kemudian siram sentiasa. Kebiasaannya akan tumbuh dalam 3 atau 4 minggu.

Lagi best sebab lepas kita tuai, kangkung akan tumbuh 2 kali ganda daripada kita tanam. Maksudnya, 1 pokok kangkung akan bercambah jadi 2 batang. So dekat sini anda dah untung lah.

Kalau susah nak cari biji benih kangkung, kaedah kedua ialah anda tanam semula batang kangkung yang kita beli di pasar. Selalunya kita akan buang batang dan akar kangkung tu kan. Jadi, ambil bahagian yang dibuang tu, tanam semula. Insyaallah hidup! Sebab saya dah pun cuba, memang menjadi. Dan saya juga ada tanam kangkung secara hidroponik

 

KANGKUNG HIDROPONIK

 

2)    Bayam

Sayur bayam ada 2 jenis iaitu bayam hijau dan bayam merah. Boleh juga kalau anda nak tanam guna tanah ataupun hidroponik. Kalau tanam secara hidroponik, takdelah pasir dan tanah pada sayur bayam. Selalunya, kalau beli di pasar mesti ada tanah yang melekat pada batang.

Bayam sedap kalau anda masak tumis, bening ataupun paling sedap masak lemak putih. Memang terbaik!

 

BAYAM HIDROPONIK

 

3)    Pak Choy

Sayur pakchoy ni macam sawi lah, tapi tak terlalu pahit. Tapi kalau anda lambat tuai, bila dia dah tua, pakchoy akan jadi pahit dan tak sedap bila dimasak.

Tips untuk tanam pakchoy, anda jangan tanam 2/3 pokok dalam satu lubang, nanti sayur tu akan jadi kecil dan terbantut. Perlu tanam 1 pokok dalam 1 lubang.

Pakchoy boleh dipetik selepas 4 minggu. Sekejap je sebenarnya. Bila dah petik, anda kena tanam yang baru sebab dia tak macam kangkung dan bayam dimana kita petik dengan memotong bahagian batang shj. Kalau pak choy, anda kena petik sekaligus dengan akarnya.

Sedap sangat kalau masak sos tiram dan bawang putih. Sama yang macam kita makan di Chicken Rice Shop, bukan sekadar nasi ayam kokokok! Haha

 

PAKCHOY HIDROPONIK

 

4)    Sawi bunga

Bagi saya, sawi bunga lebih sedap daripada sawi yang besar selalunya kita jumpa di supermarket tu. Kurang pahit dan lembut. Sawi bunga akan tumbuh dan boleh dipetik selepas 4 minggu.

Lagi 1 sawi ialah sawi putih. Ni favorite saya ni. Saya selalu buat masak lemak putih. Memang sedap! Makan pula dengan ikan goreng dan sambal belacan, peh!

SAWI PUTIH HIDROPONIK

 

5)    Bawang

Senang je, anda beli sedikit bawang di pasar, lepas tu tanam. Letakkan bahagian akar menghadap ke bawah. Tunggulah selepas 3-4 minggu, nanti akan tumbuh daun bawang.

Senang lah kalau nak masak char kuey tiaw, cucur bawang, dsb. Saya suka daun bawang sebab baunya sedap.

DAUN BAWANG

SUMBER: GOOGLE

6)    Daun Kesum

Kalau anda ada lebihan daun kesum dalam peti ais, lagi elok kalau try tanam guna tanah. Sebabnya daun kesum ni senang sangat hidup, janji tanah sentiasa lembab. Ada beza tau, kalau beli di pasar dengan yang kita tanam.

Daun kesum yang saya tanam, fresh sangat dan besar-besar! Barulah best kalau nak masak asam pedas ataupun laksa. Masak asam pedas hari-hari pun takpe! Letak lagi banyak lagi sedap tau!

DAUN KESUM

SUMBER: GOOGLE

 

7)    Bayam Brazil

Bayam brazil ni baru je viral 2 3 tahun kebelakangan ni. Sebab dia senang tanam dan hidup. Cruchy sangat, sedap bila buat ulam. Tapi bayam brazil ni, kalau anda lambat petik dia akan jadi tua dan tak sedap.

Kalau mama saya, dia suka masukkan dalam masak lemak cili api. Sedap! Nanti anda bolehlah try!

BAYAM BRAZIL

SUMBER: GOOGLE

 

Itu sahaja untuk harini. Banyak juga saya share harini. Jenis-jenis sayur yang saya share memang senang dan mudah. Saya tak tipu! Sebab saya dah pun try dan memang menjadi. Gemuk-gemuk dan fresh pulak tu!

Yang penting anda kena rajin siram sehari 2 kali. Kalau malas ataupun tiada masa, boleh tanam secara hidroponik. Sebenarnya saya dah lama tak beli sayur di pasar. Hari-hari makan apa yang ditanam je. Jimat duit! Kalau pergi pasar, saya cuma perlu beli bawang, cili dan halia, itu sahaja!

Okaylah itu je nak share harini. Komen lah dekat bawah, bolehlah kita sembang haha! Jumpa lagi di next post.

 

That’s all for today, bye!!

Aina Amir,

10:45 am | Thursday 13/8/2020

Song: Ariana Grande, Justin Bieber – Stuck with You

7 comments:

  1. Wah dah lah right now memang start gardening plant mango fruit also bawang , semua kat atas memang favourite sayur juga :)) bolehlah try after this

    ReplyDelete
  2. hai salam singgah dan salam perkenalan done follow blog hehehehe..betul tu,senang kita tanam je tak yah keluar beli dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam saya pun dah follow. Nanti boleh minta tunjuk ajar!

      Delete
  3. banyak rupanya sayur yang kita boleh tanam sendiri ya. thank you for sharing!

    ReplyDelete
  4. rajinnya bercucuk tanam..hehe

    ReplyDelete